/Sorotan Baeksang Awards: Kim Eun Sook, penulis Goblin rangkul Daesang, manakala Gong Yoo dan Seo Hyun Jin masing-masing menang Best Actor

Sorotan Baeksang Awards: Kim Eun Sook, penulis Goblin rangkul Daesang, manakala Gong Yoo dan Seo Hyun Jin masing-masing menang Best Actor

Baeksang Awards baru saja berakhir sebentar tadi. Sedikit sebanyak keputusan agak mengejutkan. Filem Handmaiden yang diketahui sebagai filem berunsurkan ‘arthouse’ merangkul daesang kategori populariti manakala penulis drama tvN Goblin, Kim Eun Sook dinobatkan daesang kali ini sekaligus menepikan anggapan bahawa pemenang daesang hanya diberikan pada drama, atau pelakon sahaja.

Ini juga kali kedua berturut-turut cenel tvN menguasai kemenangan. Setelah drama tvN Signal berjaya memenangi Drama of The Year tahun lepas, kali ni Dear My Friends daripada cenel berkenaan pula memenangi anugerah berprestij ini. Jarang sekali Drama of The Year terlepas pada drama yang popular semata-mata kerana kebiasaannya drama yang dikritik positif akan diberi penghargaan seperti yang berlaku dalam beberapa tahun sejarah penganjuran Baeksang Awards. Untuk rekod, drama nukilan Noh Hye Kyung ini sudah memenangi Drama of The Year buat kali ke-3 selepas The Most Beautiful Goodbye in the World (1996)  dan More Beautiful Than a Flower (2004) dan kali kedua sebagai pemenang Best Screenplay menerusi drama Lie (1999). Noh Hye Kyung digelar ‘alchemy queen of language’ disebabkan penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi.

Kim Eun Sook buat pertama kali memecah rekod sebagai satu-satunya penulis yang memenangi daesang di anugerah berprestij Baeksang Awards selepas penerima daesang selalunya didominasi oleh pelakon ataupun drama berkenaan. Pelakon Gong Yoo ( pula memenangi Best Actor menewaskan pesaing-pesaing yang hebat seperti Jo Jung Suk (Jealousy Incarnate) , Han Suk Kyu (Romantic Doctors Teacher Kim) , Nam Goong Min (Chief Kim) dan Park Bo Gum (Love in Moonlight) . Untuk rekod, ini juga merupakan  kemenangan pertama Gong Yoo untuk Best Actor sepanjang penglibatan beliau di dalam industri drama mahupun perfileman walaupun filem-filemnya laku di pasaran.

Seo Hyun Jin menetapi ramalan apabila namanya diangkat sebagai pemenang Best Actress TV. Seo Hyun Jin turut tercalon untuk watak yang sama dalam Best Actress CARI kdrama Awards tahun lepas. Penampilannya sebagai Oh Hae Young yang sewel dan tidak stabil emosinya betul-betul menarik hati juri untuk meletakkan kemenangannya sebagai sesuatu yang bersejarah.

Kategori Best Director TV pula dimenangi oleh pengarah Romantic Doctors Teacher Kim. Baeksang Awards juga turut memberi penghargaan ‘Lifetime Achievement’ buat pelakon veteran yang baru meninggal dunia, Kim Young Ae.

Berikut adalah pemenang bagi kategori lain:

DAESANG : KIM EUN SOOK (Writer,Goblin)

  • Best Drama – Dear My Friends (tvN)
    W (MBC), Moonlight Drawn By Clouds (KBS), Romantic Doctor Kim (SBS), Goblin (tvN)
  • Best Educational Program – Ssulzun (JTBC)
    I Would Like to Know (SBS) , Docuprime Democracy (EBS), Japanese Invasion 1952 (KBS), Special Knowledge (KBS)
  • Best Variety Program – My Ugly Duckling (SBS)
    I Live Alone (MBC),  Show Me The Money 5 (Mnet), Knowing Bros (JTBC), Phantom Singer (JTBC)
  • Best Director-Yoo In Shik (SBS’ Romantic Doctor Kim)
    Song Hyun Wook (tvN’s Oh Hae Young Again), Lee Eung Bok (tvN Goblin), Jung Dae Yoon (MBC ‘W’), Hong Jong Chan (tvN ‘Dear My Friends’)
  • Best Actor –Gong Yoo (tvN – Goblin)
    ,Namgoong Min (KBS – Chief Kim), Park Bogum (KBS – Moonlight Drawn By Clouds), Jo Jung Seok (SBS – Jealousy Incarnate) , Han Seok Kyu (SBS – Romantic Doctor Kim)
  • Best Actress-Seo Hyun Jin (tvN – Oh Hae Young Again)
    Kim Go Eun (tvN – Goblin), Kim Ha Neul (KBS – On the Way to the Airport), Park Bo Young (JTBC – Strong Woman Do Bong Soon), Park Shin Hye (SBS – Doctors),
  • Best New Actor –Kim Min Seok (SBS – Doctors)
    Gong Myung (tvN – Drinking Solo),, Kim Min Jae (SBS – Romantic Doctor Kim), Ji Soo (JTBC – Strong Woman Do Bong Soon), Jinyoung (KBS – Moonlight Drawn By Clouds)
  • Best New Actress-Lee Se Young (KBS – Laurel Tree Tailors) 
    Kang Hanna (SBS – Moon Lovers), Gong Seung Yeon (KBS – God of Noodles), Nana (tvN – Good Wife), Minah (SBS – Beautiful Gong Shim),
  • Variety Award (Male)-Yang Se Hyung (SBS – Mobidic)
    Kim Guk Jin (SBS – Flaming Youth), Kim Jong Min (KBS – 1N2D), Park Soo Hong (SBS – My Ugly Duckling), Yoo Min Sang (KBS – Gag Concert)
  • Variety Award (Female)Park Na Rae (MBC – I Live Alone)
    Kim Sook (KBS – Unnies Slam Dunk), Lee Soo Ji (KBS – Gag Concert), Jang Do Yeon (tvN – Comedy Big League), Hong Yoon Hwa – (SBS – People Looking for Laughter)
  • Best Script-Noh Hee Kyung’s Dear My Friends (tvN)
    Kang Eun Kyung’s Romantic Doctor Kim (SBS), Kim Eun Sook’s Goblin (tvn), , Park Hae Young’s Oh Hae Young Again (tvN), Song Jae Jung’s W (MBC)

FILM Category

DAESANG :Park Chan Wook (Director, The Handmaiden)

  • Best Film-The Wailing
    The Age of Shadows Train to Busan, The Handmaiden, Asura
  • Best Director –Kim Ji Woon (The Age of Shadows)
    Kim Sung Soo (Asura), Na Hong Jin (The Wailing) , Park Chan Wook (The Handmaiden), Hong Sang Soo (On the Beach at Night Alone)
  • Best New Director-Yeon Sang Ho (Train to Busan)
    Yoon Ga Eun (The World of Us), Lee Yo Seob (The Queen of Crime), Lee Joo Young (A Single Rider), Lee Hyun Joo (Our Love Story)
  • Best ActorSong Kang Ho (The Age of Shadows)
    Kwak Do Won (The Wailing), Yoo Hae Jin (Luck Key, Lee Byung Hun (Master), Ha Jung Woo (Tunnel)
  • Best Actress-Son Ye Jin (The Last Princess
    Kim Min Hee (The Handmaiden), Kim Hye Soo (Familyhood), Yoon Yeo Jung (The Bacchus Lady), Han Ye Ri (Worst Woman)
  • Best Supporting Actor –Kim Eui Sung (Train to Busan)
    Ma Dong Seok (Train to Busan), Bae Sung Woo (The King), Eom Tae Gu (The Age of Shadows), Jo Jin Woong (The Handmaiden)
  • Best Supporting Actress-Kim So Jin (The King)
    Ra Mi Ran (The Last Princess), Bae Doo Na (Tunnel), Chun Woo Hee (The Wailing), Han Ji Min (The Age of Shadows)
  • Best New Actor –Ryu Jun Yeol (The King)
    Do Kyungsoo (Brother), , Woo Do Hwan (Master), Ji Chang Wook (Fabricated City), Han Jae Young (New Trial)
  • Best New ActressLee Sang Hee (Our Love Story)
    Kim Tae Ri (The Handmaiden), Kim Hwan Hee (The Wailing), Yoona (Confidential Assignment),), Choi Soo In (The World of Us)
  • Best Screenplay-The World of Us (Yoon Ga Yoon) 
    The Wailing (Na Hong Jin), The Age of Shadows (Lee Ji Min /Park Jong Dae), The Handmaiden (Park Chan Wook/Jung Seo Jung), Asura (Kim Sung Soo),

Special Awards 

Instyle’s Best Style : Kim Ha Neul

Star Century Award-TV : Park Bo Gum (Male) ; Kim Yoo Jung (Female)

Star Century Award-Film : Do Kyung Soo (Male) ; Yoona (Female)

 

Komentar

comments

Admin Kmania.