Lagi mengenai politik dan pembunuhan bersiri, tvN Secret Forest janjikan sesuatu yang berbeza

Sinopsisnya tidak banyak berbeza berbanding dengan OCN Tunnel, tvN Signal, dan OCN Voice tetapi premisnya mungkin mengagumkan lagi-lagi ia turut menggandingkan aktor dan aktress berprofil tinggi, iaitu Jo Seung Woo dan Bae Doo Na. Joo Seung Woo pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards menerusi God Gift 14 Days.

Secret Forest mengisahkan tentang Hwang Shi Mok (Jo Seung Woo) , seorang pendakwaraya yang tak berperasaan (mirip seperti Jang Hyuk dalam Beautiful Mind) akibat menjalani pembedahan otak ketika kecil. Hwang Shi Mok seorang yang bertimbangrasa dan adil, tetapi dia tak reti bersosial dan juga mudah bentak. Satu hari, dia dikejutkan mayat seseorang yang tiba-tiba dicampak ke arahnya. Dia bertemu dengan seorang polis berpangkat detektif, Han Yeo Jin (Bae Doo Na) yang turut mendakwa berlakunya penyelewengan melibatkan pendakwaraya dan juga pembunuhan bersiri yang kerap berlaku.

Drama ini bakal disiarkan selepas Chicago Typewriter selesai pada 9 Jun 2017 ini pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Sumber: Facebook tvN Secret Forest

 

 

Komentar

comments

You may also like...