tvN akan ‘remake’ kan semula drama jepun ‘100 Millions Stars From The Sky’ lakonan Kimura Takuya

Pelabur-pelabur tvN yang agak berpuas hati dengan kejayaan drama ‘remake’ Good Wife dan drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi, Criminal Minds sedang dalam perancangan untuk mengadapatasikan semula karya Kitagawa Eriko ini ke layar drama tak lama lagi. Drama ini dilakonkan oleh Kimura Takuya, Eric Fukatsu dan Akashiya Shanma berkisarkan tentang misteri disebalik kematian seorang gadis akibat terjun daripada bangunan.

Siasatan demi siasatan dijalankan menimbulkan keraguan ‘bunuh diri’ yang mana gadis itu sebenarnya didapati ditikam diperut, kemudian biliknya dijadikan seolah-olah dia sedang membunuh diri. Klu-klu mengenai suspek menjuruskan detektif Kanzo (Akashiya Shanma) pada Ryo (Takuya Kamura) seorang pembantu tukang masak yang banyak mengetahui tentang gadis tersebut. Alibi Ryo dan motif pembunuhan gadis tersebut telah menyebabkan detektif Kanzo agak tersepit. Namun, pertemuan mereka beberapa kali membawa Kanzo mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah kecelaruan personaliti obsesif kompulsif Ryo terhadap wanita-wanita yang menjadi kekasihnya sebelum ini. Salah seorang mangsanya ialah adiknya sendiri iaitu Yuko (Eri Fukatsu). Kanzo mencuba segala upaya untuk membebaskan Yuko daripada pengaruh Ryo seterusnya mengelakkan tragedi tak diingini berlaku terhadap adiknya.

Mengikut laporan daripada wakil tvN, mereka masih belum ‘bersedia’ untuk menerbitkan drama ‘remake’ ini kerana konsep percintaaan drama Jepun agak unik dan mungkin sukar diterjemahkan untuk selera Korea. Apapun, penulis berharap penyenaraian pelakon haruslah mantap dan sejajar dengan pelakon-pelakon Jepun tersebut. Dalam fikiran penulis, Kim Rae Won agak sesuai melakonkan watak Ryo disebabkan fizikal mereka hampir serupa, namun dari segi rohaninya, Ji Sung mungkin senang untuk dipadankan kerana Ji Sung pernah membawakan watak protagonis ‘obsesif’ terhadap wanita menerusi drama Secret Love sehingga menyebabkannya merangkul Best Actor dalam 2nd CARI Kdrama Awards.

Sumber: Osen, chosun

Komentar

comments

You may also like...