Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung sedang dilamun cinta

Sahih! Bok Joo dan Joo Hyung sedang dilamun asmara. Mereka dilaporkan telah bercinta selama 5 bulan sejak penggambaran drama MBC Weightlifting Kim Book Joo di mana mereka berlakon bersama-sama sebagai “pasangan yang sedang bercinta” .  Bok Joo dan Joo Hyung tersangat mesra sehingga menyaksikan peminat-peminatnya berharap mereka bercinta di luar lokasi. Tampaknya, ianya menjadi!

Agensi penyiaran mengesahkan,” Mereka terlalu mesra sampai orang luar senang mengecam.”

Kedua-dua Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung merupakan model sebelum berkecimpung dalam drama. Terutamanya, Lee Sung Kyung beberapa kali dipuji lakonannya menerusi tvN Cheese in the Trap dan MBC Weightlifting Bok Joo atas lakonan ‘natural’ nya yang agak berkesan manakala Nam Joo Hyuk meraih Popular Rookie Award dalam 5th CARI Kdrama Awards menepikan pesaing terdekat, Ryu Jun Hyeol dan Ji Soo.  Kedua-duanya yang tinggi lampai dan keding ramping seakan-akan agak serasi dengan penampilan mereka masa kini.

Setakat ini, melalui pemerhatian penulis terhadap instagram mereka, Lee Sung Kyung pernah memuatnaik gambar ‘belakang’ dia dan seorang lelaki yang lebih kurang ketinggiannya sedang berjalan menerusi lorong.

본의아니게잠시커플룩.

A post shared by 이성경 (@heybiblee) on

Sumber: tenasia

 

Komentar

comments

You may also like...