Running Man Masih Berbisa Dan Buat Peminat di Malaysia Terpukau

Meskipun berhadapan beberapa kontroversi dan rating rancangan Running Man ini dikatakan terburuk sepanjang 7 tahun bersiaran, namun kehadiran lima ahli Running Man ke Malaysia mendapat sambutan yang meriah. Kehadiran Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo dan Haha berjaya menarik ribuan peminat hadir ke Malaysia International Exhibition and Convention Centre ( MIECC ) pada Sabtu, 22 April.

Ternyata sambutan peminat Running Man di Malaysia tidak pernah menghampakan. Keadaan di MIECC begitu meriah dengan sorakan peminat saat mereka muncul di atas pentas. Kemunculan mereka dengan nyanyian dan tarian lagu Fantastic Baby dari kumpulan Big Bang menggamatkan suasana . Walaupun tanpa kehadiran Yoo Jae Suk, mereka berlima telah berjaya menghiburkan para peminat mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian yang bertenaga. Mereka benar-benar telah menghangatkan suasana.


“Terima kasih atas sokongan anda selama ini,” kata Kim Jong Kook, sambil terdengar jeritan para peminat. “Gembira dapat kembali lagi di sini.”

Ji Suk Jin menambah “Ya, saya tidak boleh lupa betapa hebatnya makanan yang ada di sini, seperti sate yang baru sahaja saya nikmati tadi”.

HaHa berkata “Saya dapat rasakan tenaga yang luar biasa di sini, jadi mari kita mulakan parti kita malam ini!”
“Peminat kami di Malaysia adalah yang terbaik dan sporting. Daripada semua fanmeets yang telah kami lakukan, ini adalah yang terbaik,” kata HaHa sambil ketawa, sementara rakan-rakannya yang lain mengangguk bersetuju.


Segmen pertama adalah segmen permainan interaktif di antara ahli-ahli Running Man bersama dengan 10 peminat yang bertuah, di mana mereka perlu melakokan semula adegan daripada beberapa K-drama seperti Decendants Of The Suns, Goblin sertaSecret Garden dan melompat tali secara berpasangan. Kedua-dua permainan itu menunjukkan mereka sangat sporting, kelakar dan menggamatkan suasana dewan.


Selesai acara bersama peminat bertuah, ahli-ahli Running Man membuat persembahan secara solo. Siapa sangka Lee Kwang Soo juga punya suara yang merdu. Beliau membawakan  lagu “That Woman” nyanyian Baek Ji Young yang juga dimuatkan dalam runut bunyi drama Secret Garden dengan penuh emosi. Para penonton seakan terpaku mendengar alunan suara beliau yang sinonim dengan perwatakan kelakar ini.

Persembahan berikutnya penonton diperdengarkan dengan nyanyian Ji Suk Jin. Siapa sangka beliau juga punya suara yang merdu dan memukau tatkala melantunkan lagu “You Are My Everything” nyanyian Gummy yang juga dimuatkan dalam runut bunyi drama popular Decendants Of The Sun. Sesetengah penonton juga turut serta menyanyi bersama beliau.


Persembahan nyanyian dari Kim Jong Kook tidak perlu disangkal lagi. Suaranya yang sungguh merdu dan lunak berjaya memikat hati para penonton. Kim Jong Kook memilih untuk membawakan lagu nyanyian Bruno Mars iaitu “Just The Way You Are”. Beliau juga meminta para penonton untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama. Jong Kook tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu beliau sendiri yang berentak balada iaitu “One Man”. Jong Kook juga sempat menyanyikan lagu Justin Bieber yang berjudul “Love Yourself” dengan begitu baik sekali.

Suasana bertukar rancak apabila Song Ji Hyo bersama Lee Kwang Soo mempersembahkan ‘dance cover’ dari kumpulan wanita K-Pop Apink’s dengan lagu “Mr Chu” dan JY Park “Who’s Your Mama?”. Persembahan mereka sangat bertenaga dan aksi lucu dari Kwang Soo berjaya buat penonton begitu terhibur.


Haha juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu hit koloborasi beliau bersama Skull. Persembahan mereka penuh bertenaga disamping nyanyian mereka yang dipenuhi irama reggae fusion dan hiphop hingga membuatkan para penonton ikut bergerak.

Persembahan malam itu juga diserikan dengan kehadiran artis jemputan. Pentas menjadi panas apabila penyanyi hebat Se7en muncul menyanyikan lagu beliau diiringi dengan tarian beliau yang cukup bertenaga. Selain Se7en, penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di Taiwan, Victor Wong yang punya suara lunak juga mengalunkan lagu popular beliau kepada para penonton.

 

Haha juga berkoloborasi bersama Kim Jong Kook menyanyi sebuah lagu dan juga menari lagu Bruno Mars bertajuk 24k Magic. Persembahan tarian keduanya sangat hebat dan menghiburkan. Acara sampai ke penghujungnya apabila kesemua ahli-ahli Running Man, Kim Jong Kook, Haha, JiSuk Jin, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo dipertontonkan video dengan adegan-adegan memori sepanjang rancangan Running Man bersiaran dan juga ucapan serta sokongan para peminat mereka di Malaysia.

Mereka kelihatan terharu dengan peminat mereka di Malaysia dan sebagai tanda terima kasih mereka berlima tunduk hormat (kowtow).

Acara ditamatkan dengan tarian lagu ‘Fire’ dari kumpulan BTS dan juga lagu hit dari Kim Jong Kook “Loveable” yang dinyanyikan beramai-ramai. Ternyata para peminat begitu terhibur dengan persembahan yang telah mereka sajikan dan pastinya ia menjadi kenangan yang manis buat semua.


Malaysia merupakan Negara Asia terakhir perhentian fanmeet mereka selepas Taiwan, Macau, Hong Kong dan Thailand. Ini juga merupakan kunjungan kedua mereka ke tanah air selepas tahun 2014.

Sila layari laman instagram KMania.my kami untuk tonton klip video selanjutnya.

 

2017 Running Man Live In Malaysia

KMania Team : runaway_dida dan MellyNad

Tarikh : 22 April 2017

Tempat : Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC)

Komentar

comments

You may also like...