Top 10 Ratu Komedi Romantik dari drama Korea – Mana satu pilihan anda?

 

 

1. Gong Hyo Jin

Memulakan karier sebagai model, pelakon ini sudah pun menapak di industri lebih senior daripada rakan-rakannya. Kebarangkalian untuk dramanya sukses adalah agak tinggi lantas membuatkan produksi drama korea jarang bertepuk sebelah tangan apabila nama Gong Hyo Jin menitip dalam senarai lakonan sesuatu drama. Mereka akan bersusah payah mendapatkan hak penyiaran dramanya. Siapa dapat lupakan The Greatest Love, Pasta, Jealousy Incarnate, Master’s Sun, It’s Okay That’s Love dan Thank You. Masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri. Gong Hyo Jin terkenal dalam membawakan watak yang ‘innocent’  tapi juga tegas dalam diam , dan pada masa sama secara ‘subtle’ mentertawakan kita dengan gaya lakonannya. Orangnya tidaklah cantik tapi hebat dalam memberikan lakonan yang sangat berkesan . Maka, penulis tidak ragu-ragu meletakkannya di tempat pertama mengatasi yang lain-lain.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Master’s Sun
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS It’s Okay That’s Love
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Jealousy Incarnate
  • (Menang) Popular Actress – SBS Master’s Sun

2. Jun Ji Hyun /Giana Jun

Giana Jun, pelakon yang sememangnya dinanti-nantikan kemunculannya di dalam drama. Siapa sangka You Who Came From The Star , drama pertama beliau sejak lebih 10 tahun tidak berkecimpung telah menitipkan kembali namanya di bibir masyarakat. Gandingan bersama Kim Soo Hyun bukan setakat hubungan kimia tetapi lakonan sengal secara spontan yang ditunjukkannya juga meninggalkan kesan mendalam. Legend of The Blue Sea walaupun tak sehebat You Who Came From The Star tetap juga menyerlahkan ke’diva’an aktres cantik ini dalam mempamerkan lakonan romantik komedi yang menarik.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – SBS You Came From The Star
  • (Menang) Popular Actress – SBS You Came From The Star

3. Park Shin Hye

Park Shin Hye merupakan pelakon kanak-kanak yang agak berjaya. Memulakan langkah dengan watak sedih dan melodramatik di dalam Stairway to Heaven dan Tree in Heaven, Park Shin Hye perlahan-lahan menangkap perhatian produser drama untuk meletakkan namanya ‘laku’ dalam senarai pelakon drama. Flower Boys Next Doors dan You’re Beautiful  sebagai pemula segala bicara, Heirs sebagai jambatan manakala Pinocchio dan Doctors merupakan puncak kejayaan aktress ini. Walaupun selalu dikritik kerana membawa watak yang ‘cliche’ , namun tiada pelakon sebaya dengan usianya ketika ini mampu menandingi populariti Park Shin Hye yang pastinya akan membawa pulangan besar dalam drama romantik komedi lakonannya.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Pinocchio
  • (Pencalonan) Popular Actress – SBS Heirs , SBS Pinocchio ,  SBS Doctors.

4. Park Bo Young

Park Bo Young seperti juga Park Shin Hye memulakan lakonan sejak mereka kecil lagi. Namun yang membezakan mereka, Bo Young lebih menyerlah menerusi perfileman. Filem pertamanya yang mencatat kutipan box office tertinggi pada tahun itu, Speedy Scandal bersama Cha Tae Hyun telah memperkenalkan  pelakon kecil-kecil cili padi ini di khalayak ramai. Tidak cukup dengan filem, Park Bo Young menceburkan diri pula dalam area drama di mana taruhannya dalam Oh My Ghost  telah berjaya membuka mata produser. Bak kata Park Bo Young, kekerdilannya tidak menjadi penghalang untuk menunjukkan karismanya  asalkan masih di dalam kemampuannya sebagai pelakon. Menariknya, kelincahannya dan kecomelannya itu telah menjadikan Strong Woman Do Bong Soon sesuatu yang sukses.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – tvN Oh My Ghost
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Oh My Ghost

5. Seo Hyun Jin

Another Oh Hae Young telah menaikkan aktres ini ke tahap tertinggi sebagai ratu komedi romantik. Kebolehannya melakonkan watak oh hae young yang boleh ubah mood dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza. Kadangkala nampak sewel, kadangkala simpati, kadangkala terlalu gedik, kadangkala nampak ‘kosong’ menjadikan “Oh Hae Young” watak yang sukar dilupakan. Dia tampil sekali lagi dalam Romantic Doctors Teacher Kim yang juga agak berjaya dalam mencatat rating tertinggi pada tahun 2016.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – tvN Another Oh Hae Young
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Another Oh Hae Young

6. Hwang Jung Eum

Hwang Jung Eum seperti juga Gong Hyo Jin aktress senior yang akan menjanjikan kesuksesan drama lakonan mereka. Hwang Jung Eum pula lebih menyerlah dengan lakonan melodramatik terutamanya menerusi Can You Hear My Heart dan Secret Love. Kendatipun begitu, Kill Me Heal Me dan She Was Pretty telah mengubah persepsi bahawasanya aktress ini juga mampu membawa watak romantik komedi dengan kelakuan gila-gila yang sukar dibayangkan. Dengan imej parodi dan prop rambut gerbang kerinting sebagai ‘Jackson’ dalam She Was Pretty, Hwang Jung Eum melangkaui apa yang tiada pada aktress sebaya dengannya.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – KBS Secret Love
  • (Pencalonan) Best Actress – MBC She Was Pretty
  • (Menang) Popular Actress – MBC Kill Me Heal Me, MBC She Was Pretty

7. Shin Min Ah

Memiliki kaki yang agak panjang, model dan juga pelakon ini tidak pernah puas menghiburkan kita dengan drama-drama lakonannya itu. Kekurangannya hanya pada keberkesanan lakonan yang ditonjolkan tetapi beliau tetap  kekal seksi dan menggiurkan. My Girlfriend is Nine-Tailed Fox, Arang The Magistrate, Oh My Venus, A Love To Kill dan Tomorrow With You antara senarai resume kejayaannya setakat ini.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – MBC Arang The Magistrate

8. Ra Mi Ran

Tidaklah menyedari bagaimana Ra Miran mula muncul dalam industri, tetapi beliau tersangat menyerlah sebagai pelakon pembantu sehingga kadang-kala “mencuri” perhatian penonton filem mahupun drama. Dengan lakonan sebagai mak cik yang kuat berleter di dalam Reply 1988 hampir mirip lakonan acik Kungfu Hustle, sekurang-kurangnya penulis pastinya terbahak-bahak memperhatikan gelagatnya. Mungkin ada berpendapatan agak tidak sesuai meletakkannya dalam senarai ratu romantik komedi, tetapi pelakon veteran juga harus mempunyai cinta hatinya terhadap orang yang sebaya dengannya. Janji dia mentertawakan kita.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Supporting Actress – tvN Reply 1988
  • (Menang) Popular Ahjumma – tvN Reply 1988

9. Kim Seul Gi

Nama ini mungkin tak popular di kalangan marhaen kerana tak pernah pegang watak heroin drama. Beliau telah mencuri perhatian walaupun sekadar debut sebagai editor webtoon di dalam Flower Boys Next Doors. Namun, Oh My Ghost dan Splish Splash Love telah memperkenalkan namanya secara umum. Lakonannya sebagai hantu yang ingin balas dendam di dalam Oh My Ghost agak setanding dengan Park Bo Young dalam drama berkenaan membuatkan penulis ternanti-nanti apakah drama komedi romantik yang akan mendekatkan penulis dengan Kim Seul Gi pada tahun 2017 ini. Moga lebih sukses untuknya.

10. Lee Bo Young

Lakonan isteri kepada Ji Sung ini di dalam I Can Hear Your Voice telah membuatkan penulis tertarik padanya. Lee Bo Young berjaya menghasilkan kimia agak berkesan dengan hero yang muda lebih sepuluh tahun daripadanya iaitu Lee Jong Suk. Telatahnya sebagai peguam bela sesuatu yang tidak mudah dilupakan. Namun, aktress ini mencabar versaliti lakonannya ke arah watak yang penuh emosi dan suspens terutamanya dalam God Gift 14 Days dan Whisper.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS God Gift 14 Days

 

Siapa yang korang akan pilih?

Komentar

comments

You may also like...

1 Response

  1. July 20, 2017

    […] Pemenang Best Supporting Actress 5th CARI Kdrama Awards, Ra Mi Ran baru ditawarkan untuk menjayakan watak utama drama terbaru tvN berjudul Revenge Social Club, seorang penjual ikan dan juga merupakan ibu tunggal dua orang anak yang menghadapi kesukaran  kerana berhutang. Ra Mi Ran akan berganding dengan dua orang wanita lain yang mengalami nasib yang sama sepertinya lalu membentuk sebuah organisasi kelab dinamakan sebagai  , “Revenge Social Club”. Dua lagi wanita tersebut adalah seorang surirumah yatim piatu dan anak seorang chaebol yang dikongkong setiap masa. […]