[Undian Musim Bunga] Siapakah selebriti korea paling ‘hot’ & ‘spicy’?

Berdasarkan sesi undian yang dilakukan pihak Kmania semasa Expo di Mid valley pada Januari lepas, Lee Dong Wook (tvN Goblin) telah memungut undian paling banyak sekali disusuli dengan Gong Yoo (tvN Goblin) dan Lee Min Ho (SBS Legend of Blue Sea). Kali ini, kita beralih pada undian musim bunga, siapakah pula akan merampas takhta tersebut daripada Lee Dong Wook? Sila ke bawah sekali untuk mengundi. Undian ditutup pada 16/4/2017.

Park Hyun Sik

  • Park Hyun Sik pernah tersenarai undian sebelum ini melalui drama KBS Hwarang
  • Popularitinya mula mencanak naik disebabkan kimianya yang agak menjadi dengan Park Bo Young di dalam  drama jtbc Strong Woman Dong Bong Soon
  • Kelebihan dimiliki pelakon ini ialah dengan pandangan matanya saja, dia mampu menikam kalbu wanita di luar sana di samping mempunyai halkum yang agak seksi.

Yoo Ah In

  • Pelakon berbakat ini paling dihormati berbanding yang lain-lain. Dia satu-satunya aktor yang memenangi Best Actor di Blue Dragon Film Awards dan Paeksang Art Awards masing-masing menerusi filem The Throne dan drama SBS Six Fying Dragon. Juga tercalon sebagai Best Actor dalam 2nd CARI Kdrama Awards.
  • Masih mengekalkan imej keanak-anakan, Yoo Ah In menyerlahkan lakonan yang penuh berkarisma tanpa teragak-agak seperti dilakukannya dalam tvN Chicago Typewriter di mana kelakuannya yang berlagak dan serkap jarang membuatkan kita sangat benci.

Ha Suk Jin

  • Pelakon kacak ini agak perlahan-lahan menimba populariti, dan mula dikenali tahun lepas menerusi drama tvN Drinking Solo dan MBC 1% of Anything.
  • Selalu membawakan watak yang buat orang benci, Ha Suk jin masih menyimpan ‘charm’ yang boleh memikat hati sesiapa saja.
  • Dia memiliki tubuh yang agak tegap sesuai dengan imej pekerja kolar putih yang dibawanya di dalam MBC Radiant Office.

Choi Jin Hyuk

  • Pelakon yang baru saja keluar daripada latihan ketenteraan ini mula menjinakkan diri dalam drama berkonsep suspens ‘thriller’ iaitu OCN Tunnel.
  • Sesuai dengan persona matang dan keabang-abangan, Choi Jin Hyuk menjadi pilihan wanita di pertengahan umur untuk dijadikan suami.

Yoon Kyun Sang

  • Pelakon yang tinggi lampai ini mudah menceriakan hari-hari anda dengan kenyitan matanya.
  • Kelebihan dimilikinya didasarkan pada dirinya yang sedikit naif dan kerap diusik sunbae nya, Eric Moon dalam program realiti tv tvN Three Meals A Day
  • Juga berwajah ‘eksotik Korea yang tulen’, imej gasar sebagai Hong Dil Gong di dalam MBC Rebel Hong Dil Gong agak sesuai dengan dirinya.

Lee Sang Yoon

  • Pelakon yang berusia 30-an ini seorang yang tampan dan juga ‘genius’ berbanding selebriti lain. Hal ini kerana dia mempunyai ijazah dalam bidang fizik yang diperolehinya daripada universiti paling terbaik di Korea, iaitu Seoul University.
  • Asalnya seorang model, Lee Sang Yoon mudah mencairkan hati wanita yang sebaya dengannya melalui senyuman yang memikat hati di dalam SBS Whisper.

 

Komentar

comments

You may also like...