[Ulasan] Episod 2 tvN Chicago Typewriter – Lim Soo Jung pelakon yang berbakat mesra

Tidak dinafikan drama tvN Chicago Typewriter mula mendapat tempat di hati peminat kdrama. Selain Yoo Ah In yang tampil skema, berlagak dan acah-acah berani, kita dihidangkan pula dengan lakonan mempesonakan daripada Lim Soo Jung menampakkan seolah-olah Jeon Sol itu seorang yang naif tetapi serba boleh dalam semua bidang. Yang penting, Jeol Sol amat berani dan menjadi pelindung pada Han Se Ju (Yoo Ah In) tatkala dia mengalami kesusahan.

Lim Soo Jung, seperti juga Jun Ji Hyun dan Jeon Do Yeon mengambil keputusan drastik berlakon pertama kali dalam drama sejak puluhan tahun tidak berkecimpung. Hasilnya dapat kita saksikan melalui Chicago Typewriter yang semenangnya meninggalkan impresi yang agak mengagumkan.

Lim Soo Jung sebagai Jeon Sol pada awal abad ke-19 lebih menarik untuk diketengahkan. Dia menjadi sumber inspirasi buat ‘Han Se Ju’ pada waktu itu untuk menulis naskah yang hebat dan tidak terlawan. Kelebihan yang dimiliki Jeon Sol ialah apabila cubaannya seperti belajar menggunakan senjata api ataupun menari di khalayak ramai ternyata membuahkan hasil sehingga membuatkan Han Se Ju mula menaruh hati padanya.

Ianya tak berlaku pada masa kini di mana Han Se Ju pula seorang yang sombong dan serkap jarang ke atas Jeon Sol. Ekpresi wajah Jeon Sol yang ternyata geram dan kecewa dengan tingkahlaku Han Se Ju sememangnya sesuatu yang mahal. Di pengakhiran cerita, Jeol Sol mengorakkan langkah spontan muncul di hadapan Han Se Ju yang hampir terkorban yang mana pastinya kejutan ini menyelamatkannya dan mengubah persepsi lelaki sombong ini terhadap Jeon Sol seperti mana dejavu 70 tahun sebelumnya. Pujian ini haruskan diberikan pada Lim Soo Jung yang membawakan watak ini dengan berkesan.

Terdahulu peminat mungkin agak kecewa dengan kekalutan yang ditonjolkan pelakon Han Hyo Joo di dalam drama MBC W tetapi penulis  Chicago Typewriter telah memberikan justifikasi bermakna buat watak ‘fans tegar’ Jeol Sol ini kerana tidak terlalu menjengkelkan.

Drama Chicago Typewriter sedang hangat ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu di cenel tvN. Kemisterian di sebalik mesin taip masih belum didedahkan sepenuhnya yang melibatkan pertalian antara ketiga-tiga watak utama cerita ini. Episod ke-2 Chicago Typewriter juga baru mendedahkan kemunculan penulis bayangan yang akan menggantikan Han Se Ju iaitu Yoo Jin O (Go Jung Pyo).

 

Komentar

comments

You may also like...