Kim Hyun Joong muncul dengan nafas baru

Penyanyi dan juga pelakon, Kim Hyun Joong bakal membuat kemunculan semula pada 6 Jun ini setelah ‘berehat’ selama beberapa tahun. Beliau dijangka akan mengeluarkan single terbaru selaras dengan persembahan konsertnya di 16 buah bandar di Jepun termasuk bermula dengan Kobe dan seterusnya Shizuoka pada 7 Jun.

Khabarnya, lebih 1500 peminat Jepun nya berarak ke Korea untuk memberi sokongan kepada Kim Hyun Joong untuk memulakan hidup baru setelah terpalit dengan skandal seks sebelum ini sehingga melahirkan anak. Kedua-dua pihak keluarga yang bertindak campur tangan tentang hak penjagaan anak telah menyebabkan prosedur mahkamah bertangguh selama beberapa bulan. Hasilnya, Kim Hyun Joong didapati tidak bersalah dan bekas aweknya diarahkan mahkamah membayar sebanyak 100 juta won sebagai pampasan kepada Kim Hyun Joong kerana memalukan beliau.

Pelakon drama Boy Over Flower ini juga pernah ditangkap memandu dalam keadaan mabuk pada 30 Mac lepas dan dia juga tidak kaget mengadakan sesi pertemuan dengan peminatnya pada hari sebelumnya tanpa membatalkannya.

Sumber: xsportnews

 

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...