Temubual Eksklusif Bersama Pelakon Kacak Ji Chang Wook

Ji Chang Wook, nama yang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar drama dari Korea Selatan yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia sempena majlis pelancaran bagi tvN Movies, yang merupakan program televisyen pertama di dunia dan satu-satunya saluran filem blockbuster dari Korea di hypptv. Selain itu, kedatangan beliau ke Malaysia juga adalah bagi mempromosikan filem aksi jenayah pertama serta julung kali beliau diangkat sebagai pelakon utama, Fabricated City.

Pelakon muda berbakat besar yang terkenal dalam drama bersiri Warrior Baek Dongsoo, Empress Ki, Healer dan The K2 ini bukan sahaja terkenal pernah membintangi drama dan filem tetapi juga mengembangkan bakat lakonan beliau di dalam teater musical. Di antara tater musical yang pernah dibintangi beliau adalah The Days dan Jack The Ripper. Maka tidak hairanlah sekiranya beliau juga menyanyikan lagu-lagu runut bunyi bagi drama-drama yang pernah beliau lakonkan.

Nama beliau pernah tercalon bagi anugerah Best Actor bagi drama Healer dalam 2015 4th CARI KDrama Awards. CARI K drama Awards merupakan anugerah tahunan yang dikelolakan oleh Kelab Pengkritik Dan Peminat Korea (Kmania) hasil kerjasama dengan CARI Internet.

Satu sidang media bersama Ji Chang Wook telah berlangsung petang tadi di Westin Hotel, Bukit Bintang dan pihak kami berkesempatan menyertai temubual eksklusif bersamanya. Beliau yang selesa dengan hanya berkemeja putih dan berseluar gelap, muncul pada sidang media kira-kira jam 2 petang. Sebelum bermulanya sesi soal jawab bersama media tempatan dan media Singapura, sesi bergambar bersama para jemputan khas telah dijalankan.

Ikuti temubual kami bersama Ji Chang Wook.

Difahamkan, ini adalah lawatan anda ke Malaysia buat pertama kalinya. Apakah pandangan anda mengenai Malaysia?

Ya, ini adalah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Malaysia. Jujur saya katakan, saya tidak dapat memberikan sebarang gambaran mengenai Malaysia disebabkan saya tidak melakukan sebarang aktiviti, saya hanya berehat sahaja di bilik. Tetapi saya tidak keberatan untuk kembali ke sini untuk bercuti kelak.

Dalam filem Fabricated City ini, apakah yang telah anda lakukan untuk menjadi seorang Kwang-hyun (Kwang-hyun adalah watak beliau di dalam filem tersebut)?

Untuk naskah ini, sama seperti naskah-naskah saya yang sebelum ini, saya tidak menghasilkan karakter lain untuk menjadi seorang Kwang-hyun tetapi saya mendalami watak tersebut sebagai diri saya sendiri bagi menjayakan watak itu.

Sepanjang penggambaran filem ini, adakah anda mengalami sebarang kesukaran?

Apa yang saya ingin, segalanya adalah sangat sukar. Dari segi cuaca, sesi penggambaran yang bermula pada musim panas (Julai 2015) dan berakhir pada musim sejuk (Disember 2015) serba sedikit mempengaruhi sudut emosi dan fizikal saya di mana saya terlalu mendalami watak dalam filem ini yang membuatkan saya sangat penat malahan letih tubuh badan kerana banyak terlibat dengan aksi secara berterusan.

Bagaimana pula dengan kenangan manis anda bagi filem tersebut?

 Oh, ini adalah soalan yang sukar untuk saya jawab.  Kebanyakan babak di dalam filem ini dijalankan semasa di dalam penjara. Perkataan ‘penjara’ itu sendiri sudah menggambarkan suasana yang menakutkan tetapi tiada yang realiti di dalam filem ini jadi sepanjang penggambaran bagi babak di dalam penjara

Fabricated City merupakan satu filem aksi. Adakah anda mengalami sebarang kecederaan semasa sesi penggambaran dijalankan?

Kami tidak mengalami sebarang kecederaan atau kemalangan yang besar, cuma sedikit luka sahaja. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan yang besa, kami menjalankan banyak latihan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

Semestinya peminat-peminat anda ingin mengetahui apakah naskah anda yang terbaharu. Boleh anda ceritakan sedikit?

Naskah saya yang terbaru adalah sebuah drama romantik komedi yang berunsurkan misteri di mana satu naskah yang saya tidak pernah lakonkan sebelum ini. Sesi penggambaran drama ini akan bermula sejurus saya pulang ke tanahair.

Apakah perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda menjalani khidmat ketenteraan di tanah kelahiran anda?

Saya seringkali ditanya dengan soalan tersebut sejak kebelakangan ini (gelak). Buat masa ini, jadual kerja saya agak padat jadi saya akan memberikan tumpuan yang penuh untuk menyelesaikan projek-projek yang sedia ada. Sekiranya ada kelapangan, saya akan cuba untuk melancong.

Nama Ji Chang Wook amat dikenali dengan genre-genre aksi yang mencabar seperti The K2, Healer dan kini Fabricated City. Jadi, adakah anda lebih berminat dengan genre aksi daripada genre-genre lain?

Saya memang minat dengan genre-genre aksi, untuk melakukan sendiri aksi-aksi tersebut. Kini sedaya upaya saya ingin mengelak daripada terlibat dengan genre aksi, genre tersebut masih lagi bagus tetapi ia memenatkan dan mencabar fizikal saya. Maka saya ingin mengubah watak saya di masa akan datang.

Sebelum sesi bersama sidang media berakhir, beliau sempat melahirkan rasa bangga dan terharu kerana menerima sokongan yang begitu menggalakkan daripada peminat-peminat di Malaysia. Dengan itu beliau akan bekerja dengan lebih keras lagi bagi memuaskan hati penonton dan peminat dalam setiap naskah yang akan datang.

Sebelum itu, Ji Chang Wook juga sempat tampil di karpet merah sambil melambai mesra ke arah para media dan para jemputan. Beliau juga sempat bergambar bersama sponsur utama dan jemputan VIP. Ji Chang Wook juga mengambil kesempatan untuk melambai mesra sambil tersenyum kepada para peminat yang hadir di dalam dewan yang boleh dikatakan penuh bagi tayangan perdana filem terbarunya.

Namun begitu, tidak seperti kebiasaan pada acara tayangan perdana para media akan turut diberi peluang untuk menonton filem tersebut. Namum para media hanya dibenarkan hadir semasa acara karpet merah sahaja. Oleh itu keterujaan untuk menonton aksi pelakon utama filem itu tidak tercapai dan seterusnya tidak dapat memberi ulasan bagaimanakah kehebatan filem Fabriated City ini.

Bagaimanapun, filem Fabricated City ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 20 April 2017. Anda yang belum menonton lagi boleh mengunjungi pawagam pada tarikh tersebut.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh pihak penganjur

Malam Gala Tayangan Perdana “Fabricated City”

Tarikh: 8 April 2017

Masa: 8.00 malam

Tempat: Pawagam GSC, Pavilion Kuala Lumpur.

Media kmania :  isabel dan rukiaichigo

Komentar

comments

You may also like...

2 Responses

  1. RO says:

    All throughout his interviews in Malaysia were conducted in English. I supposed the articles in Bahasa Malaysia are the press-handouts.

  2. rukiaichigo says:

    Our media have been there through out his pc & red carpet, so all this interview were totally from what we heard on that day. We’re just doing the write up for the Malaysian fans. 😄