Pelakon Kim Young Ae meninggal dunia

Kim Young Ae dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 66 disebabkan penyakit kanser pankreas. Pelakon yang pernah tercalon Best Supporting Actress dalam 2nd CARI Kdrama Awards menerusi drama Medical Top Team ini, dikhabarkan masih meneruskan kerjanya mengunjungi set penggambaran drama KBS Laurel Taylor walaupun berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan kemotrapi. Kim Young Ae pernah menjalani pembedahan pankreas pada tahun 2012, tetapi kanser masih merebak dan membuatkannya terpaksa masuk ke hospital semula pada akhir tahun lepas.

Kim Young Ae pernah memenangi beberapa anugerah penting di zaman kegemilangannya, paling diingati menerusi watak pembantu di dalam filem Attorney, yakni lakonannya dinobatkan Best Supporting Actress di dalam kedua-dua Daejong Film Awards dan Blue Dragon Film Awards serta sebagai nenda berpengaruh kepada Kim Soo Hyun di dalam MBC Moon Embraces The Sun.

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...