[Ulasan Episod 1 tvN Chicago Typewriter] Misteri di sebalik mesin taip kuno

Seperti yang dijangka daripada penulis profilik drama yang terkenal, Jin So Wan dalam mempersembahkan karya yang tampak berkias sambil menyadurkan elemen kemisterian dan angker  seperti yang dilakukannya di dalam Kill Me Heal Me dan Moon Embraces The Sun.

Chicago Typewriter bermula dengan Han Se Ju (Yoo Ah In), seorang penulis novel terkenal yang dikatakan sebagai ‘Stephen King’ Korea digilai gadis-gadis kerana memiliki wajah dan tubuh yang mempesonakan. Ke mana saja dia pergi, pasti ada kamera dan ribuan peminat menyerbunya. Seorang peminat tegar bernama Jeon Sol (Lim Su Jung) telah mengabdikan dirinya untuk mengekori Han Se Ju ke mana saja sehinggalah pada satu hari, dia diberi peluang secara tak sengaja untuk menemui idolanya itu. Dia diarahkan untuk membawa kiriman barang ke rumah Han Se Ju. Anjing liar secara kebetulan membukakan pintu pagar membolehkan Jeon Sol sampai ke pintu masuk. Han Se Ju pada masa yang sama pula seringkali diganggu oleh seorang tak dikenali dan ini menyebabkan dia tidak percaya kepada manusia yang datang ke rumahnya.

Jeon Sol bukanlah seorang peminat sasaeng, tetapi dia didorong perasaan ingin tahu dan kagum dengan Han Se Ju. Imbasan masa lalu menunjukkan Jeon Sol mudah tertarik pada penulis novel dan lelaki yang datang makan ‘sandwic’ di Subway di tempat dia bekerja sambilan ialah lelaki yang sama telah mencapai kejayaan sebagai penulis novel terkenal iaitu Han Se Ju. Namun, Jeon Sol telah disalahanggap sebagai sebagai pengendap (‘stalker’) apabila dia hanya datang sekadar untuk menyampaikan kiriman barang.

Han Se Ju secara berseloroh menyamakan Jeon Sol dengan Anne Wilkes, watak fiksyen gadis dalam Misery yang obses dengan idolanya iaitu seorang penulis novel dan mengurung serta mengawal hidup idolanya itu selama berminggu-minggu. Dia beranggapan Jeon Sol sengaja membiarkan anjing masuk ke rumahnya walaupun tahu dia alah pada anjing. Dia juga dapat mengagak tutur kata Jeon Sol yang mirip dengan kelakuan seorang pengendap . Akhirnya, Han Se Ju tanpa rasa ragu-ragu menghalau Jeon Sol berserta anjing liar itu keluar dari rumahnya.

Garapan cerita ini pastinya mengingatkan korang pada drama MBC W yang disiarkan tak lama dulu. Watak heroinnya baik seorang peminat tegar mahupun sebuah watak yang ditulis di dalam webtoon. Untuk drama Chicago Typewriter ini, penulis menyingkapkan kisah silam di mana misteri mesin taip menjadi kunci utama kepada hubung kait antara Han Se Ju dan Jeon Sol. Berpuluh-puluh tahun lalu, Han Se Ju juga ialah seorang penulis akhbar yang hebat berkarya manakala Jeon Sol ialah seorang aktivis kemerdekaan. Jeon Sol pada masa lalu itu berkata, “Mata pena lebih tajam daripada sebilah pisau”. Sambil menumpukan pada mesin taip yang digunakan Han Se Ju, dia berkata, “Jangan menulis kerana untuk mendapatkan pengaruh dan wanita. Tulislah kerana kebenaran kerana ‘mesin taip’ ini ialah senjata berbahaya untuk mereka.”

Adegan ini dapat ditafsirkan sebagai perjuangan yang didokongi oleh Han Se Ju dan Jeon Sol untuk membebaskan diri mereka. Perjuangan yang mungkin tak selesai ini seakan-akan telah menuntut roh mereka dijelmakan semula pada masa sekarang untuk menyelesaikan hutang tersebut. Beginilah bermulanya misteri sebuah mesin taip dengan namanya yang dipetik daripada jenis senapang, ‘Chicago Typewriter’ kerana bunyi kerdipan yang sama dengan ketukan mesin taip. Ianya membawa simbolik kepada tentang perjuangan mereka lakukan untuk membebaskan diri mereka. Adakah Jeon Sol dihidupkan semula untuk melindungi Han Se Ju daripada kebinasaan? Adakah percintaan mereka berakhir dengan tragis pada masa lalu? Persoalan ini mungkin dapat diungkap dalam episod 2 nanti.

Jangan lupa saksikan drama ini setiap Jumaat dan Sabtu di cenel tvn.

Artikel berkenaan:

Yoo Ah In : “Bukan satu pilihan, saya tetap juga masuk tentera”

Yoo Ah In & Im Soo Jung akan bergandingan sama dalam drama tvN ‘thriller’ terbaru, Chicago Typewriter?

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...