Sukan Olimpik PyeongChang 2018 : Stadium manakah terlibat?

Korang, we back again.

Pada yang peminat sukan tegar, pasti mengikuti perkembangan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang dan juga Sukan Paralimpik Musim Sejukkan. Sebab kalau tak silap dorang masih lagi adakan ‘test event’ untuk certain acara dan haruslah dorang sedang giat untuk pastikan sukan berprestij tu nanti berjalan dengan lancar dari pelbagai aspek.

Baiklah, kali ni kita kupas berkenaan Stadium yang akan digunakan sepanjang sukan olimpik nanti. Stadium ini merupakan satu tempat yang perlu ada untuk laksanakan pelbagai aktiviti terutamanya berkaitan sukan. Fasilitinya perlulah bagus, lengkap dan mesra penonton. Kapisitinya perlulah mencukupi bagi memuatkan para penonton. Selain itu,semestinya tuan rumah telah membuat kajian dalam memberikan perkhidmatan yang baik bagi setiap penonton kelak. Potensi penonton boleh jadi orang tempatan, luar negara, pelancong, orang kurang upaya , bertaraf VIP dan sebagainya. Stadium ini juga bakal digunakan untuk Olimpik Paralimpik PyeongChang 2018.

Kali ini, kami kupaskan stadium bagi acara indoor games dan juga acara  rasmi bagi sukan ini.


PyeongChang Olympic Stadium

  • Terletak di Daegwallyeong-myeon dan lebih kurang sekitar 2km dari Alpensia Resort.
  •  Direka seperti bentuk pentagon
  • Masih lagi dalam proses penambahbaikan dan dijangka siap sepenuhnya sekitar September 2017 ini.
  • Stadium ini boleh memuatkan 50,000 tempat duduk sementara yang mana bakal diceraikan semula setelah tamat temasya Sukan Olimpik Musim sejuk tersebut
  • Stadium ini juga berfungsi sebagai tempat upacara penyampaian pingat kepada para pemenang atau lebih mudah dikatakan sebagai plaza himpunan pingat bagi pelbagai acara yang dipertandingkan
  • Bagi kemudahan para penonton kelak, akan ditempatkan dewan pameran serta tempat makanan tradisional disebelah stadium ini yang mana ianya akan dikekalkan sebagai warisan.
  • Paling utama, stadium ini akan berlangsungnya majlis perasmian pembukaan dan penutupan bagi temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 serta Sukan Paralimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Gangneung Hockey Centre 

  • Masih dalam pembinaan dan terletak di bandar Gangneung
  • Fokus kepada acara hoki ais dan acara hoki ais lelaki
  • Boleh memuatkan seramai 10,000 orang penonton dan mempunyai satu gelanggang ais ( 60m x 30m )

Gangneung Oval

Berdekatan dengan Gangneung Ice Arena and Gangneung Hockey Centre

  • Tempat ini akan menjalankan acara ‘speed skating’
  • Mempunyai double track 400m dan boleh memuatkan seramai 8,000 orang
  • Mula dibina dalam tahun 2013 namun proses ubah suai dijalankan sekitar tahun 2014 dan berakhir awal 2017.
  • Activiti pertama yang telah dijalankan adalah 2017 World Single Distance Speed Skating Championships

Gangneung Ice Arena

  • Mula dibina pada tahun 2014
  • Merupakan tempat utama  indoor games seperti  figure skating and short track speed skating
  • Di dalamnya terdapat dua buah gelanggang ais ( 60m x 30m)
  • Boleh memuatkan kapasiti seramai 12,000 orang
  • Sistem penyejukan ais mesra alam telah diapplikasi, dan kemudahan itu akan digunakan untuk tujuan rekreasi tempatan selepas berakhirnya temasya sukan olimpik nanti.

Gangneung Curling Centre

Antara aktiviti yang pernah diadakan adalah 2013 Special Olympics World Winter Games, 1999 Asian Winter Games dan 2009 World Women’s Curling Championships

  • Menjadi tempat acara curling dan wheelchair curling bagi  kedua-dua  Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.
  • Dibuka tahun 1998 dan mengalami ubah suai sekitar tahun 205 sehingga 2016 bagi menghadapi sukan olimpik musim sejuk yang akan datang
  • Kapasiti tempat duduk adalah 3,500.

Kwandong Hockey Centre

  • Merupakan tempat bagi acara hoki ais selain di Gangneung Hockey Ais
  • Mempunyai kapasiti penduduk hanya untuk 6,000 penonton dan terdapat juga satu gelanggang ais ( 60m x 30m )

 

 

Untuk posting akan datang, kami akan maklumkan berkenaan outdoor venue. Bagi yang ingin tahu lebih lajut mengenai temasya sukan ini boleh layari PyeongChang 2018

Komentar

comments

You may also like...