Yoo Ah In : “Bukan satu pilihan, saya tetap juga masuk tentera”

Dalam temuduga dengan wakil media yang menghadiri sidang media Chicago Typewriter, Yoo Ah In ditanya tentang kontroversi penyenaraian keluar namanya daripada program khidmat tentera kerana dilaporkan menghidapi ketumbuhan sumsum tulang tetapi dia masih tetap meneruskan aktiviti lasak dalam penggambaran drama Chicago Typewriter.

“Bawa bersabar. Samada saya kena bekerja atau kena masuk khidmat tentera, kedua-duanya bukan satu pilihan. Saya akan beritahu berita ini dengan tenang.”

Tambahnya lagi, “Saya masih menunggu keputusan pengesahan kesihatan daripada Jabatan Khidmat Tentera.  Saya takkan buat korang rasa bimbang”.

Berita mengenai pengunduran Yoo Ah In daripada menganggotai program khidmat tentera menjadi hangat gara-gara netizen beranggapan Yoo Ah In cuba mengelakkan diri daripada menyertai. Walaubagaimanapun, setelah khabar mengenai keadaan kesihatannya bertempiaran, netizen mula bersimpati. Susulan daripada keputusan Yoo Ah in untuk membintangi drama “Chicago Typewriter”, para netizen masih tak berpuas hati yang mana dia sepatutnya menggunakan masa berkenaan untuk berehat sementara menunggu keputusan daripada Jabatan Khidmat Tentera.

Yoo Ah In kemudian cuba memperbetulkan tanggapan negatif berkenaan ,”Ada orang yang mempersoalkan kenapa saya tetap berlakon apabila dilaporkan saya sedang sakit. Tetapi hakikatnya ialah, saya telah berehat selama setahun sebelum saya dipanggil untuk berkhidmat. Kebetulan saya ditawarkan  satu projek besar yang dikenali sebagai ‘Chicago Typewriter,’ itulah sebabnya saya mahu bekerja sekali lagi. Saya akan melakukan yang terbaik untuk projek ini dan tidak akan membuat apa-apa yang  boleh memburukkan keadaan semasa saya. ”

Sesi Media ini diadakan di dalam sebuah hotel di Nonhyeon-dong, Gangnam-gu, Seoul. Chicago Typewriter bakal ditayangkan di cenel tvN pada 7 April menjelang esok. Chicago Typewriter juga merupakan penampilan aktor yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards ini sejak drama SBS Six Fying Dragon. Yoo Ah In telah menggegarkan dunia perfileman pada tahun 2015 dan 2016 apabila kedua-dua filem beliau, The Throne dan Veteran berjaya meraih kutipan tertinggi box office seterusnya menyebabkan beliau merangkul  anugerah Best Actor di Blue Dragon Award. Saksikan trailer di bawah.

Sumber berita & gambar: hankookilbo & tvn media

Komentar

comments

You may also like...