Kang Gary Dan Gil Meninggalkan Leessang. Leessang Dibubarkan!!

Secara rasminya pada 6 April, sebuah saluran berita melaporkan bahawa Gil dan Gary telah meninggalkan Leessang selepas menubuhkan label mereka sendiri. Mereka memberitahu selain itu, semua pekerja di syarikat Leessang telah meninggalkan syarikat itu juga.

Sehubungan dengan itu, satu sumber yang sebelum ini bekerja di Syarikat mereka (Leessang company) menjelaskan:

“The employees have left the company, but the company itself has not closed down. Leessang may continue to work together. I don’t know whether they’ve disbanded or not, and it’s not something I can say.”

Buat masa ini, Gil dan Gary akan bekerja secara berasingan melalui label individu mereka Magic Mansion dan Yangbans Nation.

Sementara itu, Gary baru-baru ini membuat pengumuman mengejut mengenai perkahwinannya, dan dilaporkan bahawa tiada ahli “Running Man” telah diberitahu mengenainya.

Komentar

comments

You may also like...