Moon Chae Won: “Saya akan saman orang itu”

 

Pemenang Best Actress 1st CARI Kdrama Awards, Moon Chae Won akan menyaman lelaki (peminat sasaeng) yang cuba menyamar sebagai teman lelakinya di laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan lelaki berkenaan menulis komen yang berbaur lucah melalui siri blog yang dimuatnaikkannya setiap hari. Pengakuan yang dibuat dalam blog berkenaan menyebabkan Moon Chae Won berasa tidak selesa dan juga peminatnya yang mengenalinya sebagai aktres yang berkelakuan baik.

“Saya meminta maaf pada mereka yang terpalit dengan fitnah ini, dan juga peminat-peminat saya yang mengambil berat tentang kerjaya saya” katanya lagi menerusi agensi Namoo Actors.

Moon Chae Won masih belum mengesahkan untuk berlakon bersama Lee Jun Ki dalam drama terbaru mereka menjelang akhir tahun ini.

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...