WINNER buat kemunculan semula tanpa Nam Tae Hyun

Untuk bangkit semula bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi ahli kumpulan mereka yang popular, Nam Tae Hyun telah keluar daripada kumpulan ini sejak November lepas walaupun WINNER ini baru sahaja debut beberapa tahun saja.

WINNER yang diuruskan YG entertainment telah mengeluarkan dua album sebelum ini yang berjudul 2014 S/S  dan EXIT:E . Kedua-duanya berjaya menduduki jualan tertinggi album seperti disebut dalam carta muzik Itunes, Melon, dan Gaon malah album pertama mereka mendapat no.1 dalam Billboard World Album Chart. Namun, pergerakan aktiviti WINNER agak terbatas dalam beberapa tahun tersebut kerana salah seorang ahli mereka sudah menunjukkan tanda-tanda untuk tidak bersama-sama mereka dalam mempromosikan album.

Makan, 4 April ini ialah tarikh keramat untuk menentukan kesinambungan kejayaan kumpulan ini samada mereka mampu mendapat sokongan peminat di negara sendiri mahupun di peringkat antarabangsa secara menyeluruh seperti yang dikecapi EXO, BTS, Big Bang dan lain-lain. WINNERS mengumumkan jam 4 petang pada 4 haribulan 4 ini ialah waktu ‘comeback’ mereka dengan pengenalan single terbaru , “Really Really” dan “Fool” untuk dimuatkan album terbaru mereka.

 

Sumber: donga

 

 

Komentar

comments

You may also like...