Seo In Guk, Selamat Pergi dan Kembali

“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ku ditendang sekarang ku disayang”.

Begitulah perjalanan insan seni bernama Seo In Guk. Seo In Guk telah pun meninggalkan kita  pada 28hb Mac lepas bagi mengikuti program khidmat negara selama dua tahun. Pelakon yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Award pada tahun lepas menerusi lakonan keanak-anakannya dalam drama MBC Shopping King Louis, sempat mengeluarkan MV terbarunya berjudul “Better Together” sebelum dijemput menjalani khidmat negara. Dunia hiburan pastinya sunyi tanpa kehadiran Seo In Guk di sini.

Aktor berusia 30 tahun ini dilahirkan pada 23 October 1987 di Ulsan, sebuah bandar pelabuhan di pantai timur Semenanjung Korea. Mendapat pendidikan formal kursus Applied Music di Daebul University di Jeolla, Korea Selatan, Seo In Guk memulakan karier seni sebagai penyanyi sebelum beralih ke bidang lakonan.  Beliau sekarang di bawah pengurusan Jellyfish Entertainment di Korea Selatan, manakala di Jepun, dibawah pengurusan Irving Entertainment.

Perjalanan Seni  

Perjalanan seni beliau menuju puncak bukanlah mudah. Segala kritikan pedas terpaksa ditelan sehingga meninggalkan kesan negatif kepada diri beliau.  In Guk beberapa kali mencuba nasib dengan menghadiri ‘audition’ anjuran JYP Production, diantara produksi terbesar dan terkenal di Korea Selatan. Disebabkan keadaan fizikal beliau yang sedikit besar dan gempal, penyertaan beliau telah ditolak mentah-mentah dan sebaliknya disuruh mengurangkan berat badan. Beliau mengambil komen ni secara serius dan telah mengalami sindrom *bulimia di dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Semasa ujibakat

Nama beliau melonjak naik dengan sekelip mata di persada seni Korea Selatan apabila menjadi juara di dalam pertandingan nyanyian program realiti Superstar K musim pertama anjuran Mnets pada tahun 2009 and seterusnya tercatitlah seperti yang ada sekarang.

Pasca Kemenangan

‘When it rains, it pours’.

Selepas menjadi juara Mnets Superstar K musim pertama, In Guk berdepan dengan jadual kerja yang padat – rakaman album, photo shoots, rancangan TV, temuduga dan kunjungan serta promosi ‘single’ dan album yang meledak di pasaran serta mendaki tangga carta muzik K-pop.

Pada tahun 2012, beliau mencuba bidang lakonan pula dengan muncul kali pertama di dalam drama KBS’s Love Rain dengan memegang dua watak iaitu sebagai Kim Chang Mo (untuk flashback tahun 1970an) dan sebagai Kim Jeon Seol, anak saudara kepada Kim Chang Mo untuk cerita tahun 2012.

Chang Mo (kiri) & Jeon Seol (kanan)

Lakonan beliau sebagai pelajar tahun 70an adalah sangat ‘menarik’ tapi ‘mengjengkelkan’. Watak kedua beliau sebagai ‘country bumpkin’ yang datang ke kotaraya Seoul untuk mencari kerja dan terjatuh cinta dengan second-lead heroin (yang terkejar-kejar si hero) adalah sangat ‘cool’ dengan gaya ‘rocker’ dan bersahaja. Bagi kesesuaian watak, beliau telah mengekalkan ‘country accent’ dalam lakonan beliau tetapi sebenarnya beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur ‘Seoul accent’ seperti dikehendaki di dalam skrip. Idea beliau telah diterima baik oleh pengarah. Bijak, bijak.Hasil lakonan mantap beliau dalam drama ni, Seo In Guk telah berjaya menggondol award untuk kategori ‘Best New Actor’ dalam 5th Korea Drama Awards 2012.

Tahun 2012 juga menyaksikan Seo In Guk berjaya membawa pelbagai watak dalam drama; daripada watak pelajar tahun 70an dan ‘country bumpkin’ dalam Love Rain, kepada watak budak sekolah di dalam tvN’s Reply 1997 (Answer Me 1997) dan watak ‘a problem, playboy, divorced son’ dalam MBC’s weekend drama, the Sons (Rascal Sons).

Kedua-dua drama ni menjadi ‘hits’ serta mendapat ratings yang tinggi dan Seo In Guk terus mengukuh kedudukan di dalam bidang lakonan. Jika lakonan beliau di dalam Love Rain bolehlah dianggap sebagai ‘mudah secara langsung’, tidak perlu bermain emosi yang hebat, namun di dalam drama ‘Reply 1997’ dan ‘Rascal Sons’, beliau telah berjaya mempamerkan permainan emosi yang hebat bersesuaian dengan watak yang dilakonkan.

Diberi kepercayaan memegang watak utama di dalam ‘Reply 1997’, Seo In Guk mempamerkan wajah pelajar genius yang memendam perasaan cinta pada teman sepermainan dan setia dengan cinta pertama hingga ke akhir.

Dalam drama Rascal Sons, sebagai anak bongsu, Yoo Seung Gi berjaya dilakonkan dengan baik sekali. Watak Seung Gi, seorang duda muda beranak satu yang ‘playboy’, yang berlagak bujang trang tang tang memang menjadi. Apabila sampai saja adegan beliau bersama anak dan bekas isteri, kita merasakan dia ni agak penyayang , tapi bila adegan bersama girl friend pula, alahai kita pula rasa nak tumbuk-tumbuk saja, terutama bila bab menipu isteri.

Mengutip pengalaman di K-dramaland

Berikutan ‘debut’ beliau dalam bidang lakonan pada tahun 2012,beliau terus ditawarkan untuk berlakon drama Master’s Sun (2013), High School King of Savvy (2014), The King’s Face (2014) dan yang terbaru Hello Monster (I Remember You) (2015).

Dalam drama Master’s Sun, In Guk memegang watak Kang Woo, bekas askar menjawat jawatan Ketua Bahagian Keselamatan di pusat perniagaan milik hero (Joong-won). Kang Woo ni ialah seorang yang tidak berperasaan and misteri tetapi dalam hatinya ada taman. Pada masa yang sama beliau ialah penyiasat upahan bapa Joong-won untuk menyiasat latarbelakang Joong-won. Dia akhirnya jatuh hati pada heroin, Gong-shil, jirannya dalam satu bangunan. Lakonan In Guk mula dikenali menerusi drama ni.

Dalam drama High School King of Savvy, In Guk membawa dua watak utama iaitu sebagai pemain hoki ais (Lee Min-Seok) dan IT eksekutif (Lee Hyung-Seok). Lakonan beliau untuk dua-dua watak ni memang ‘badass’..menyengat dan berperisa..transaksi kemas dari budak sekolah kepada ketua jabatan..

Seo In Guk sebagai putera Gwang hae.

Dalam drama the King’s Face, In Guk berjaya membawa watak Prince Gwanghae dengan baik sekali walaupun ini drama sageuk pertama beliau.

Lakonan ‘daebak’ beliau mendapat pujian daripada pengarah dan juga peminat.

“And it seems that Seo In Guk is making a good impression on the series’ production team as he gears up to make his first appearance in a historical drama. A representative for the production crew announced, “It is hard to believe that this is Seo In Guk’s first period drama. You can really see how involved he gets when he is acting. You can see it in his eyes. His voice, the way he breathes and speaks are all spot on – he has really succeeded in making a new Gwanghae.”

Sumber: soompi

In Guk berjaya mempamerkan kepelbagaian emosi melalui watak ini.

Berikut adalah keunikan perwatakan Seo In Guk menerusi The King’s Face:

  • seorang putera raja yang ‘playful’, ‘carefree’ dan juga ‘charming’;
  • mengalami kesedihan yang mendalam apabila kekasih disangka mati akibat perbuatan bapa sendiri
  • seorang yang penyayang apabila kekasihnya menjaganya ketikanya sakit
  • kecewa yang teramat apabila abang kandung berniat membunuhnya
  • kecewa yang teramat apabila kekasih menjadi gundik kepada bapa sendiri.
  • Panglima perang yang berwibawa

Kepelbagaian emosi disertai dengan ‘gerak tubuh’ dan expressi wajah dan mata yang sangat memberi kesan pada penonton. Ianya mampu membuatkan penonton sama-sama merasai kepedihan, kekecewaan, kesakitan yang dialami.

Hasil lakonan mantap beliau, telah melayakkan beliau menggapai anugerah ‘the Best New Actor 2014’ dalam KBS Drama Awards.

Seo In Guk menyuapkan makanan kepada adiknya, Park Bo Gum yang menghidap penyakit sosial.

Drama In Guk seterusnya, Hello Monster (I Remember You) berkisarkan pada Lee Hyun, seorang penyiasat yang genius yang mempunyai kisah zaman kanak-kanak yang penuh misteri. Disamping menyelesaikan kes-kes pembunuhan, beliau juga mencari adik yang hilang.

Lakonan beliau sangat menyakinkan dalam drama ni disamping permainan emosi dalaman dan ‘bromance’ dengan second lead, Park Bo Gum, yang sangat mengujakan.

38 Revenue Collection Unit dan Shopping King Louise

Tahun 2016 ialah tahun kemuncak kejayaaan Seo In Guk di mana kedua-dua drama beliau berjaya meraih rating yang agak tinggi di cenel berkenaan. Lakonan Seo In Guk di kedua-dua drama berkenaan dipuji secara langsung di atas kematangan yang ditonjolkan.

Terutamanya, Shopping King Louis yang menampilkan Louis dalam pelbagai versi. Menerusi watak ini, Seo In Guk bijak mempelbagaikan mimik muka, aksi dan intonasi suara bertepatan dgn keadaan Louie pada satu-satu masa. Contohnya, Louie yang berperangai keanak-anakan tapi takut pada serangga, bijak, romantis, kuat membeli belah, bajet hensem dan sebagainya. Hasilnya, beliau tercalon sebagai Best Actor pertama kali dalam CARI Kdrama Awards.

Dari Sisi Lain

Sebagai juara pertandingan nyanyian, kebolehan beliau sebagai penyanyi memang tidak dinafikan. In Guk juga menyumbang suara untuk lagu tema dalam drama-drama lakonan beliau seperti drama Love Rain, Reply 1997, Master’s Sun dan High School King of Savvy. Beliau mempunyai suara yang soulful dan sangat sedap didengar sebagai halwa telinga. Dengarlah lagu OST Master’s Sun ‘No Matter What’.

Lagu duet beliau bersama Eun Ji dalam drama Reply 1997 “All for You” berjaya memenangi kategori ‘Best OST 2012’ dalam 14th Mnet Asian Music Awards dan ‘Song of the Year (September)’ dalam 2nd Gaon Chart K-pop Awards.

In Guk juga melebarkan sayap ke Jepun sebagai penyanyi dan telah menghasilkan single & album dalam bahasa Jepun. Beliau juga berlakon alam klip video “Please don’t” oleh penyanyi K.will.

Setelah enam tahun bergelumang di dalam bidang lakonan, bintang program realiti ini telah pun meninggalkan kita untuk berehat sekejap di kem latihan tentera. Kita ucapkan “Selamat pergi dan kembali buat oppa – In Guk”.

Saksikan MV terakhir beliau di bawah.

Semoga tahun-tahun yang mendatang memberi kejayaan yang besar kepada In Gukkie Oppa. Hwaiting!

 

Nukilan diadaptasikan daripada artikel yang ditulis oleh forumer nohas untuk pertandingan Gangnam Universiti yang berlangsung di forum CARI.

 

 

Komentar

comments

You may also like...