Drama Signal akan menemui anda malam ini

Signal, antara drama korea terbaik pernah dihasilkan dalam 10 tahun ini mengekploitasi konsep ruang dan masa bagi menyelesaikan kes -kes kriminal yang telah terkubur. Park Hae Young, detektif bertaraf leftenan di masa sekarang secara tak sengaja menghubungi Lee Jae Han, seorang detektif polis yang dilaporkan menghilangkan diri pada masa lalu melalui walkie talkie.  Mereka berhubung berulang kali melalui rangka masa yang berbeza menemukan mereka pada setiap kes-kes kriminal yang tak berjaya diselesaikan Lee Jae Han yang membawa kesannya pada hidup Park Hae Young pada masa sekarang.

Signal yang telah dinobatkan ‘Drama of The Year’ dalam 5th CARI K drama Awards baru-baru ini selain menyapu bersih beberapa anugerah utama seperti ‘Best Directing’ , ‘Best Screenplay’ dan ‘Best Actor’ melalui pelakon Jo Jin Woong akan ditayangkan di cenel tvnhd , 394 menjelang pada hari Isnin , 27 Mac ini pada setiap jam 8.30 pm. Signal juga merangkul ‘Best Drama’ dalam 52nd Paeksang Art Drama Awards dan 2016 Editors Pick oleh dramabeans.

Ulasan lengkap drama ini boleh dibaca di sini –> ~REVIEW~

Artikel berkenaan:

Komentar

comments

You may also like...