Whisper menjanjikan drama dendam politikus yang mendebarkan

Drama SBS terbaru yang akan menggantikan Defendants, Whisper bakal menemui peminat kdrama menjelang Rabu minggu depan. Whisper yang mengangkat tema tentang politikus dendam bagaimana seseorang yang pernah dicintainya sepenuh hati sanggup mengabaikan prinsip sendiri kerana terpedaya dengan tawaran wang ringgit bagi mengubah keputusan penghakiman, lagi-lagi dia ialah seorang hakim yang dipercayai sebagai orang yang jujur. Shin Young Joo (Lee Bo Young) tidak menyangka lelaki yang pernah menjadi teman hidupnya, Lee Dong Joon (Lee Sang Yoon) sanggup menkhianatinya dengan mengubah keputusan kes bapanya kerana dia telah dilaporkan menerima tawaran CEO sebuah agensi guaman terkemuka oleh pelakon Kim Gab Soo untuk mengahwini anaknya,Choi Soi Yun (Park Se Young).  Kebetulan, Kang Ju Il (Kwon Yol) juga mengintai peluang yang sama dan menjadikan Lee Dong Joon sebagai musuh.

Dalam trailer di bawah, setelah penghakiman dilakukan ke atas ayahnya, Shin Young Joo meraung dengan penuh kesakitan apabila ternampak berita tentang perkahwinan Lee Dong Joon dengan Choi Soi Yun lalu dia berkata, “Hidup kau akan ku musnahkan, seorang yang sepatutnya berprinsip dan adil, telah menyalahgunakan undang-undang kerana rakus dengan kuasa”.

Drama yang ditulis oleh Park Kyung Soo, pemenang Best Screenplay dalam 4th CARI Kdrama Awards pasti dinanti-nantikan lagi-lagi ianya digandingkan semula dengan pengarah sama daripada drama Punch. Ini pula adalah kemunculan pertama kali Lee Bo Young sejak God Gift 14 Days yang melayakkan beliau tercalon Best Actress untuk pertama kali.

Saksikan drama ini yang ditayangkan di onehd 393 pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 8.15pm.

 

 

Komentar

comments

You may also like...