Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters. Kempen Kerjasama dengan Korea Tourism Organization

Pada 11 Februari 2017 yang lepas di Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia yang terletak di Korea Plaza KL, telah berlangsung majlis pelancaran pelancaran program Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia. Ia adalah kerjasama antara KTO Malaysia dengan Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters bersempena dengan acara PyeongChang Winter Olimpik 2018.

Satu berita gembira apabila KMania telah turut serta dalam event ini yang dianjurkan oleh KTO Malaysia. Walaupun berita yang diterima lambat, kami tetap semangat teruskan event ini. Jutaan terima kasih kepada Ms.Nuri kerana telah berikan peluang ini kepada kami.

Bermula Februari 2017 sehingga Februari 2018, Penyokong Malaysia yang terpilih akan melakukan promosi secara kerap berkenaan Olimpik Musim Sejuk ini seperti lokasi stadium, jenis-jenis sukan, info-info pelancongan dan festival berhampiran bandar dan kawasan Olimpik di dalam blog dan sosial media mereka.

Untuk pengetahuan, PyeongChang telah dipilih sebagai  tuan rumah 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas menerima undi majoriti pada Sesi International Olympic Committee IOC ke-123 yang diadakan pada 7 Julai 2011 selepas tiga tawaran berturut-turut. Dua daripadanya mereka tewas kepada Vancouver,Canada (2010) dan Sochi, Rusia (2014).

Sebagai entri permulaan, kami berikan maklumat ringkas mengenai 2018 PyeongChang Winter Olympic ini

 

  • Bermula 9 – 25 Februari 2018
  • Merupakan penganjuran Olimpik kali ke-2 di Korea setelah Seoul Olympic 1988 iaitu 30 tahun yang lepas
  • Lokasi : PyeongChang, Gangneung, Jeongseon dalam Gangwon province
  • Negara yang terlibat dalam Winter Olimpik dianggarkan 68 buah
  • Terdapat 15 Jenis sukan dipertandingkan [102 in 7 sports (15 disciplines)]
  • Logo :

The emblem symbolises a world open to everyone. It combines the image of ice and snow, winter sports stars (athletes), and people from all over the world, coming together in PyeongChang where heaven meets earth.

  • Slogan 2018 PyeongChang Winter Olympic – Passion.Connected

  • Mascot : Soohorang (수호랑), a white tiger, and Bandabi (반다비), an Asiatic black bear

 

Jadi, nantikan posting kami berikutnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 2018 PyeongChang  WInter Olympic. Even Malaysia bukan negara yang terlibat untuk Olimpik Musim Sejuk, teruskan sokongan anda terhadap sukan yang dipertandingan. Semangat kesukanan itu adalah universal, tiada sempadan dan halangan.

Terima kasih kerana membaca.

Sources : 
2018 Winter Olympic
PyeongChang 2018

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...