Penampilan Istimewa Jelitawan Kim Tae Hee Sempena Pelancaran Butik Bonia Di Pavilion Elite, Kuala Lumpur

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee ini yang pernah dilabelkan sebagai wanita tercantik Korea ataupun “Nation Goddes”. Selain itu, beliau turut membintangi drama-drama terkenal Korea seperti Stairway To Heaven (2003), Love Story in Harvard (2004), Iris (2009), My Princess (2011) dan Yong-Pal (2015). Ini juga merupakan aktiviti rasmi pertama beliau setelah melangsungkan perkahwinan dengan bintang Pop Star, Rain pada 19 Januari yang lalu.

Penampilan khas Kim Tae Hee ini, di bawakan khas oleh Bonia Malaysia sempena perasmian butik berjenama mewah Bonia yang terbaru di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada 10 March yang lalu. Kehadiran Kim Tae Hee ini ditunggu oleh ramai peminat setia beliau yang begitu teruja untuk bersemuka secara langsung  dengannya. Ramai di antara peminat Kim Tae Hee begitu setia menunggu beliau sedari pagi lagi.

Majlis perasmian butik ini juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Alvin Chong, Haiza, Karina Teo, Debbie Goh, Aliff Aziz, Nazim Othman dan juga Azrel Ismail. Selain itu, ianya turut diserikan dengan aktiviti lukisan karikatur secara percuma oleh empat pelukis professional karikatur tempatan yang di bawakan oleh kakiseni.

Gambar Ehsan BoniaFashion

Sekitar jam 4 petang, suasana menjadi riuh dengan sorakan ramai tatkala figura yang ditunggu muncul. Beliau tersenyum manis dan melambai mesra saat melintasi para peminat.

Kim Tae Hee kelihatan anggun dalam persalinan gaun pada petang itu dan ianya menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi beliau.Sepanjang majlis itu, senyuman manis tidak lekang dari wajah manis Kim Tae Hee dan sesekali kelihatan cincin permata perkahwinan beliau dijarinya.

Gambar Ehsan Dari BoniaFashion

“Saya pernah singgah ke Johor Bharu tahun lepas semasa saya ke Singapura. Jadi, saya rasa begitu teruja kerana dapat berkunjung semula ke sini,” ujar beliau. Bercakap tentang filem atau drama terbaru, pelakon itu berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke skrin dalam masa terdekat. “Saya tidak terlibat dalam apa-apa pengambaran setakat ini. Walau bagaimanapun, saya pasti akan bekerja keras pada masa depan,” katanya.

Gambar Ehsan Dari BoniaFashion

 

Dalam pada itu juga, Kim Tae Hee yang juga bekas penuntut jurusan Ijazah Fesyen Seoul National University sempat berkongsi mengenai minatnya terhadap dunia rekaan fesyen. Malah dia juga menyatakan kesudiaan untuk berkolaborasi dengan pihak Bonia mereka beg tangan dan berharap ianya dapat dipasarkan di sini kelak. Ketika ditanya mengenai citarasa bag tangan pilihannya, Tae Hee menjawab “Saya menggemari bag tangan yang bersaiz kecil tetapi ianya mestilah memuatkan kesemua barang saya”.

 

Kim Tae Hee sebenarnya pernah megunjungi Malaysia pada tahun 2005 sempena rakaman iklan telefon jenama LG disamping pelakon kacak Hyun Bin dan juga Daniel Henny.  Untuk pengetahuan , Kim Tae Hee juga mendapat pencalonan Best Actress pada tiga tahun lepas menerusi drama Jang Ok Jung melalui Cari KDrama Awards yang dianjurkan oleh KMania. Biarpun masa bersama Kim Tae Hee singkat ternyata beliau kelihatan gembira sepanjang majlis itu berlangsung. Semoga Kim Tae Hee akan mengunjungi lagi peminatnya di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...