TOP 10 Drama Korea Terbaik Pilihan Editor – Siri ke-2

Memilih sesuatu drama yang terbaik bukan sesuatu yang mudah. Drama tersebut mestilah memuaskan daripada segi kemantapan pengarahannya, kreatitivi teknikal, jalan cerita yang kaya dengan mesej berat dan membina, serta  aturan plot yang dramatik dan munasabah.

Kali ini, untuk siri ke-2, aku akan senaraikan beberapa drama ‘terbaik’ dan hampir sempurna daripada kesemua aspek. Sesetengah drama terbaik di bawah tidak semuanya menjadi drama kegemaranku tetapi layak untuk ditontoni.


1. Princess’s Man (2012) : drama saeguk psl politik kerakusan kuasa sehingga membawa kepada pembunuhan. Ianya adalah adaptasi daripada kisah “romeo & juliet”. Lakonan Moon Chae won yang sangat feminin dan hebat telah membuatkan aku menjadi peminatnya seumur hidup.

2. Signal (2016) : Drama kriminal penyiasatan yang dihubungkan dengan walkie talkie tetapi daripada dua dimensi masa yang berbeza. Bukan saja terbaik dari segi screenplay, ost dan directing, juga lakonan secara keseluruhannya. Review –> “SIGNAL“.

3. Secret Love (2013) : Adaptasi moden daripada Wuthering Height, ianya berkisarkan seorang lelaki yang begitu dendam dengan seorang wanita akhirnya dia jatuh cinta. Lakonan Ji Sung dan Hwang Jum Eum yang hebat dalam menggarapkan emosi masing-masing layak untuk diperkatakan. Review –> “SECRET LOVE“.

4. Reply 1988 (2016): drama pasal kekeluargaan yang pastinya mengimbau kenangan mereka yang hidup pada zaman itu. Garapan skrip yang sangat hebat dalam mendalami emosi yang diingin disampaikan. Review –> “REPLY 1988“.

5. Heard it Through Grapevine (2015): Thanks to gandingan mantap pengarah yang pandai mengabstrakkan kreativitinya dan penulis skrip yang suka bersatira, hasilnya ianya tak terletak pada luaran tetapi mesej secara sinikal yang hendak disampaikan. Drama ini sesuai ditonton untuk mereka yang intelektual. Recommended: Secret Love Affair! Review –> “HEARD IT THROUGH GRAPEVINE“.

6. IRIS (2010): drama bertemakan agensi risikan, yang membuatkannya menarik bila ada komplot dan konfrontasi baik daripada pihak agen risikan korea utara mahupun korea selatan. Saksikan lakonan mantap Lee Byun Hyung yang terserlah sebagai ‘double agent’.

7. Punch (2015):  Tarikan Punch bukan saja terletak pada kehebatan lakonan masing-masing tetapi keunikan garapan skripnya dalam mempelbagaikan idea untuk ‘jatuhkan antara satu sama lain’ menjadikan peralihan plot dilakukan sangat berkesan. Drama berkenaan politik dan kerakusan kuasa.

8. Jealousy Incarnate (2016) : Seperti juga Heard It Through Grapevine, drama ini memerlukan keintelektualan tertentu untuk memahami mesej yang disampaikan. Ianya berbentuk komedi tetapi disampaikan secara sinikal (‘black comedy’). Review –> “JEALOUSY INCARNATE“.

9. Baker Kim Tak Gu (2010) : Premis drama ini lebih kurang macam Romantic Doctors Teacher Kim, berkisarkan pada’willpower’ dan motivasi untuk menjadikan diri berjaya ke tahap yang digapai. Seorang yang tak tahu apa-apa, tetapi atas bakat dimiliki, dia mampu mewarisi kemahiran mengadun roti seterusnya menjadi usahawan roti yang berjaya.

10. Coffee Prince (2007):  Drama slice-of-life yang tampak sedikit bosan tapi olahan skripnya sarat dengan mesej. Berkisarkan seorang wanita tomboy yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk bekerja di kafe kopi yang hanya menggaji pekerja lelaki yang cantik.

 

Nantikan siri ke-3: TOP 10 drama kegemaran pilihan editor pula.

Komentar

comments

You may also like...