TOP 10 OST Drama Korea Pilihan Editor – Siri 1

Selalunya bila korang dah abis tonton sesebuah drama, korang pasti akan layan OST dan main beberapa kali dalam playlist. Drama korea memang unik kerana sejak dulu lagi produksi mereka mempunyai seleksi OST yang berpadanan dengan suasana drama berkenaan, hasilnya membuatkan lagu-lagu OST tersebut terngiang-ngiang dalam minda penonton drama. Dengan pengalaman lebih sepuluh tahun menonton drama korea, banyak lagu-lagu OST yang bersilih ganti tapi sesetengahnya belum mampu menandingi lagu-lagu yang dihasilkan drama korea beberapa tahun sebelumnya. Lagu-lagu ini diputarkan beberapa kali dan akan mengimbau kenangan masa lalu bagaimana korang boleh begitu menyukai drama tersebut gara-gara kerana terlalu obses dengan lagu-lagu tersebut melebihi drama berkenaan.

Berikut adalah lagu-lagu yang menjadi pilihan editor:

  1. “If You Love Me” – Yong Gun (MBC – Sad Love Story)

Lagu balad berentak R&B ini agak unik kerana mempunyai komposisi ‘key’ yang rendah dan agak sukar dibawa dalam karaoke. Lagu ini selalu dimainkan apabila melibatkan adegan hero dipisahkan dengan heroin. Pelantun lagu ini, Yong Gun ialah salah seorang ahli kumpulan R&B terkemuka dahulu, Brown Eyes banyak menyumbangkan suaranya dalam album OST Sad Love Story dan salah satunya, “If You Love Me” antara menjadi kegemaran. Jika korang nak dengar lagu-lagu OST yang sedap dan mengasyikkan, korang boleh memuat turun OST album ini.

2. “Just Like The First Day” – Park Yong Ha (SBS – All In)

Kalau korang nak tahu, lagu ballad terus jadi berhantu selepas kematian penyanyinya, Park Yong Ha kerana membunuh diri. Park Yong Ha merupakan seorang pelakon ternama dan pernah membintangi drama KBS Winter Sonata. Dengan memiliki suara serak-serak basah, Park Yong Ha berjaya menjadikan lagu ballad ini miliknya sendiri dan sukar ditandingi jika dinyanyikan oleh orang lain. Susunan muzik “Just Like The First Day” juga sangat mengasyikkan bermula dengan tepukan rebana, disusuli dengan keroncong dan akhirnya piano. Aku selalu bayangkan penyanyi Malaysia, Hafiz Suip mampu membawakan lagu ini dengan cara tersendiri.

3. “You Are My Spring” – Sung Si Kyung (SBS Secret Garden)

Lagu ballad yang sangat mengusik jiwa seolah-olah membuatkan korang terbuai-buai dengan deruan bayu menjelang musim bunga. Entah beberapa kali aku ulang tayang lagu ini. Dalam Secret Garden, lagu ini dimainkan sebaik saja Kim Joo Won (Hyun Bin) dan Gi Ra Im (Ha Ji Won) berhubungan kembali.

4. “You Are My Destiny” – Ailee (MBC Fated To Love You)

Ratu ballad selain Baek Ji Young haruslah jatuh pada Ailee. Kombinasi padu suara dan melodi lagu yang agak menyedihkan telah menjadikan lagu ballad ini sangat popular sehingga mendapat pencalonan Song of The Year dalam 3rd CARI Kdrama Awards.  Sayangnya, dramanya agak ‘cliche’.

5. “I Love You” – Akdong Musician (SBS All About My Romance)

Walaupun lagu ini sangat “checky” tetapi paling kerap dilayan dan seringkali dimainkan. Duet yang sangat berkesan daripada penyanyi kumpulan lagu-lagu klasik kotemporari, Akdong Musician berjaya menjadikan lagu ini popular sewaktu debut mereka.

6. “Happiness is Fading”  – Im Hyung Joo (KBS Sassy Girl Chun Hyang)

Asalnya seorang penyanyi teater, Im Hyung Joo diberi peluang menyanyikan lagu OST ini. Kalau korang perhatikan, lagu ini bukan berentak ballad yang lain daripada lain, seolah-olah seorang penyanyi opera sedang menyanyikan di atas pentas. Selain OST ini, aku juga turut menyukai lagu I Love You yang dinyanyikan oleh Kim Hyun Sup yang dimuatkan dalam album drama ini.

7. “Empty Heart” – Lee Seung Hwan (tvN Reply 1988)

Suprisingly, dalam banyak- banyak OST baru Reply 1988, aku terjatuh hati dengan lagu-lagu lama Lee Seung Hwan ini. Apa yang menarik buat aku suka sangat dengan lagu ini kerana ianya diputarkan semasa Jung Hwan (Ryu Jung Hyeol) tak mampu meluahkan perasaan cintanya pada Dok Sun (Hye Ri) tetapi dia menunjukkannya dengan perlakuannya.

8.  “Tear is Falling” – Huh Gak (SBS My Loves From The Star)

Lagu yang menggambarkan perasaan Do Min Joo (Kim Soo Hyun) yang tak dapat bersama-sama dengan Cheo Song Yi (Jun Ji Hyun) .

9. “Bye, Autumn” – Saltpaper (SBS Jealousy Incarnate)

Lagu ballad ini seolah-olah sedang meluahkan perasaan kepada seorang gadis yang korang cintai tetapi kerana korang terlalu ego, korang tak jadi berbuat demikian.

10. “If It is You” – Jung Seung Hwan (tvN Another Oh Hae Young)

Lagu ini sangat berpadanan dengan adegan sedih sewaktu Oh Hae Young (Seo Hyun Jin) menyumpah ranah Park Do Kyung (Eric Mun) kerana mempermainkan cinta mereka.

Honorable Mention: “Beautiful” – Crush (Goblin), “Dream” – K Will (KBS A love To Kill) , Roy Kim – Pinocchio (SBS Pinocchio), “Auditory Hallucination” – Jang Jae In (MBC Kill Me Heal Me),  “That Woman” – Baek Ji Young (SBS Secret Garden) , “You Are My Everything” – Gummy (KBS Descendants of The Sun), etc

Apa pula lagu OST pilihan korang? Jangan lupa kemukakan di sini.

Komentar

comments

You may also like...