Lee Jun Ki & Moon Chae Won sah bergandingan sama dalam tvN Criminal Minds

23 Feb 2017 – Agensi hiburan Taewon yang bertanggungjawab menerbitkan drama IRIS dan Athena telah membeli hak penyiaran untuk mengadaptasikan semula drama Amerika Syarikat terkenal, Criminal Minds.

Moon Chae Won dan Lee Jun Ki dikatakan sedang meneliti tawaran yang diberikan kepada mereka. Moon Chae Won akan membawakan watak dipanggil ‘Korean heroin’ akan bergandingan  bersama-sama Lee Jun Ki melakukan ‘profiling’ atau penyiasatan lengkap untuk menyelesaikan kes-kes kriminal yang agak sukar dengan melihat pada psikologi suspek berbanding pembunuhan yang dilakukannya. Selain mereka, pelakon Kim Ah Joong juga dikatakan sedang menimbang tawaran diberikan untuk watak yang tak dapat dispesifikasikan.

Lee Jun Ki pernah meraih pencalonan Best Actor pada tahun lepas menerusi watak Wang So, SBS Scarlet Heart manakala Moon Chae Won pula telah dinobatkan Best Actress menerusi watak Seo Eun Gi, KBS Nice Guy pada 1st CARI Kdrama Awards.

Drama ini akan membuat penggambaran lebih awal daripada penyiaran dan akan siarkan melalui KBS pada penghujung September ini.

Dikemaskinikan:

5 April 2017 – Moon Chae Won dan Lee Jun Ki telah pun disahkan membintangi drama ‘remake’ Criminal Minds yang bakal ditayangkan di cenel tvn menjelang minggu pertama July, 2017. Pembacaan skrip akan diadakan pada 7 April ini manakala penggambaran akan bermula minggu ketiga April.

Turut membintangi ialah pelakon berprofil tinggi, Son Hyun Jo dan juga pelakon yang sering menjadi ayah pada Moon Chae Won dalam kedua-dua drama gandingan mereka sebelum ini, Princess Man dan Nice Guy, iaitu Kim Young Chul.

Sumber: Sport Chosun

Komentar

comments

You may also like...