Kwon Sang Woo & Choi Kang Hee berduo sebagai polis detektif dalam KBS Mystery Queen

Kwon Sang Woo telah menerima tawaran melakonkan polis detektif di dalam siri drama terbaru KBS, Mystery Queen bersama-sama Choi Kang Hee. Kwon Sang Woo membawakan watak detektif polis di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang suka menggunakan kekerasan berbanding logik fikiran kerana dia percaya polis akan kehilangan nyawa jika pendekatan diambil secara lembut.

Kwon Sang Woo akan bergandingan dengan ‘perfect partner’ nya , Choi Kang Hee bagi menjejaki penjenayah dadah yang cuba untuk melakukan jenayah sempurna tanpa pengetahuan polis. Choi Kang Hee bertindak sebagai penulis novel yang memiliki impian untuk menjadi polis tetapi tak berkesempaian, dan hobinya menulis novel sambil menjadi suri rumah pada seorang suami bergelar pendakwaraya.

‘Mystery Queen’ akan disiarkan selepas ‘Chief Kim’ pada 5 April ini setiap Rabu dan Khamis. Ini merupakan drama pertama Kwon Sang Woo selepas SBS Temptation. Beliau pernah menjadi ‘hearttrob’ Asia sekian lama dulu dan digelar ‘Prince of Tears’ semuanya gara-gara drama hitnya, ‘Stairway To Heaven’ dan ‘Sad Love Story’.

Sumber: donga, IS Plus

Komentar

comments

You may also like...