Park Bo Gum layak melakonkan watak Shinichi Kudo – hasil undian majoriti peminat Detective Conan

Hasil tinjauan ke atas peminat animasi Detective Conan yang bermula 29 Jan lepas semasa tayangan siri animasi OVA, “Episode One: The Great Detective Turned Small” telah meletakkan Park Bo Gum di tangga pertama sebagai pelakon yang layak memegang watak Shinichi Kudo.

Seramai 1148 responden (39% daripada 3000 orang) iaitu majoriti telah mengundi Park Bo Gum yang memiliki paras rupa mirip Shinichi Kudo di samping mengambil kira kepetahan dan kepintaran Choi Taek yang pernah dilakonkan Park Bo Gum di dalam siri Reply 1988 tak lama dahulu. Komen susulan daripada tinjaun tersebut, “Kepintaran Shinichi bukan saja terletak pada kemampuannya menyelesaikan kes dengan mudah dan cepat dengan penuh keyakinan tinggi, tapi juga kebolehan aktor ini menjadikan Shinichi disukai ramai.”

Park Bo Gum mengalahkan Song Joong Ki, Nam Joo Hyuk, dan EXO Suho yang turut sama diundi dalam tinjauan tersebut.

Park Bo Gum pernah popular menerusi drama “Moonlight Drawn By Clouds yang mendapat ratings tertinggi sebanyak lebih 20% sekaligus meletakkan status bintang halyu yang agak popular di ceruk Asia. Hasilnya, beliau juga tercalon dalam Popular Actor 5th CARI Kdrama Awards, namun tewas pada Lee Jun Ki.

Sumber: donga.com

Komentar

comments

You may also like...