/Rancangan Popular ‘Running Man’ akan diteruskan semula

Rancangan Popular ‘Running Man’ akan diteruskan semula

Pada akhir tahun lepas berita rancangan popular ‘Running Man’ akan berakhir telah membuatkan semua peminat rancangan ini bersedih. Sejak hari pengumuman pembubaran rancangan ini, ramai pihak yang meluahkan rasa sedih dan mereka telah mengemukakan petisyen dan menghantar mesej di laman sosial media bahawa rancangan ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka sejak 7 tahun yang lalu dan berharap rancangan ini diteruskan.

Oleh kerana telah mendapat sokongan yang kuat pada 24/01/2017 dengan rasminya pihak SBS telah mengumumkan bahawa rancangan ini akan diteruskan semula dengan 6 ahli tetap iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kok, Haha, Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin dan Song Ji Hyo.

‘Chief Producer Seoul Broadcasting System (SBS) berkata :

“In view of the overwhelming response by local and International fans, we have decided to continue the Running Man series with the original cast members, I sincerely thank the Running Man members who made the difficult decision to stay on the show. And in order to repay fans who have continuously showered us with love and support through the past 7 years, we will continue to do my best to make Running Man even more enjoyable,”

Rancangan Running Man telah lama menjadi program utama di saluran ONE HD (astro) didalam Malaysia dan Singapura, Dimana rancangan ini akan disiarkan pada setiap hari Jumaat pada pukul 11 malam. Di Malaysia, rancangan ini juga bukan sahaja popular dan mendapat tontonan yang mengalakan di ONE HD tetapi juga mendapat tontonan yang hebat didalam 4 saluran hiburan yang lain.

Peminat boleh terus menonton episode terbaru Running Man di ONE HD (Ch 393) setiap hari Jumaat jam 11 malam, dalam masa satu minggu siaran di Korea. ONE HD juga menyiarkan episode klasik Running Man dalam ‘slot throwback’ setiap malam Sabtu bermula jam 11 malam.

Komentar

comments