Jualan Tiket EXO akan dibuka 14 Jan ini, ayuh serbu sebelum terlambat!

Kumpulan idol yang terkenal di Korea Selatan bahkan di seluruh pelusuk dunia, EXO bakal menjengah Kuala Lumpur sekali lagi dalam konsert jelajah mereka yang terbaru, EXO PLANET #3 –
The EXO’rDIUM di Stadium Merdeka   pada 18 Mac ini.

Seperti dimaklumkan pihak penaja, Star Planet akan melancarkan jualan tiket pada 14 Jan lusa ini di tingkat pertama, Event Hall, Atria Shopping Gallery bermula 11 pagi sehingga 5 petang.  Peminat yang datang semasa pelancaran ini dibolehkan untuk membeli tiket sebanyak 6 keping sekali, memperoleh poster percuma sehingga stok masih ada dan juga menyertai cabutan bertuah.

Star Planet juga memaklumkan bahawa peminat EXO boleh mendapatkan tiket secara diskaun melalui “Star Planet Cash Vouchers” yang diperolehi secara:

  1.  keahlian BonusLink dengan baucar sebanyak rm30.
  2. sekali resit pembelian minuman Spirtzer antara 9 sehingga 14 Jan dengan baucar sebanyak rm10
  3. beli-belah sebanyak rm50 ke atas di outlet KIODA dengan sekali pembayaran resit. Tunjukkan foto EXO semasa membuat tuntutan dan “like” facebook KIODA.

Tunjukkan pembuktian ini untuk menuntut baucar tersebut semasa pelancaran tiket 14 Jan ini. Pembelian tiket atas talian dibuka selepas 15 Jan dengan harga RM688, RM588, RM468, RM388, RM348 dan RM228.

EXO menyapu bersih anugerah di 2016 Melon Music Awards apabila memenangi Artist of The Year dan merangkul Album of The Year menerusi album hit mereka, Exodus pada tahun sebelumnya. EXO juga diiktiraf Billboard 200 Album Chart sebagai selebriti korea pertama memperoleh kedudukan tertinggi melalui album Exodus mereka. Album ketiga mereka, Exact juga meraih jualan platinum dan menghasilkan single hebat, Monster yang masih dimuatturun sehingga kini.

Untuk info lanjut, anda boleh layari www.starplanet.com.my atau www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9223 3667 / 9222 8811.

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/428435894214073/” width=”500" height=”400" onlyvideo=”1"]

Komentar

comments

You may also like...