[Panas!] Running Man akan dibatalkan? Program baharu di dalam perbincangan?

Setelah berita tentang Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo (dipaksa) meninggalkan rancangan popular “Running Man”, Kang Ho Dong menolak tawaran untuk menyertai “Running Man”, kini sekali lagi para peminat “Running Man” dikejutkan dengan kemungkinan bahawa rancangan kegemaran mereka akan dibatalkan.

Menurut pelbagai sumber yang kami perolehi, ahli-ahli “Running Man” telah berkumpul di bangunan SBS di Yeouido  tanpa kehadiran pengurus mereka bagi membincangkan hala tuju serta masa hadapan rancangan tersebut.

Membalas kenyataan bahawa “Running Man” akan dibatalkan, SBS menafikannya dan memberitahu bahawa ia merupakan suatu salah faham dan mereka masih lagi membincangkan tentang follow-up action.

“Running Man” dijangka akan menemui peminat melalui musim kedua pada bulan Januari tahun hadapan (2017) tetapi melihatkan kepada pelbagai kontroversi yang menyelubungi rancangan tersebut, masih adakah musim kedua buat mereka?

Sumber:

  1. http://www.tvreport.co.kr/?c=news&m=newsview&idx=954047
  2. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201612161217569110

Komentar

comments

You may also like...