Kang Gary Menutup akaun Instagramnya Setelah ‘Controversy’ Song Jihyo dengan Running Man

Kang Gary memadam semua gambar di Instagram peribadinya selepas beberapa jam pengumuman mengenai Song Jihyo dan Kim Jong Kok meninggalkan ‘Running Man’. Berita Song Jihyo dan Kim Jong Kook meninggalkan Running Man pada 14 December, berita ini mengejutkan semua peminat Running Man.

Tetapi masih tidak diketahui mengapa Kang Gary memadam semua gambarnya dan masih menunggu Gary mengeluarkan kenyataan. Bagaimanapun ramai yang mengatakan kekecewaan ini apabila Kang Gary seperti mahu ‘inactive’ satu-satunya medium untuk mereka mengetahui perkembangan penyanyi ini.

Ramai juga membuat andaian apabila, Kang Gary seperti kecewa dengan kontroversi yang berlaku kepada dua rakan baiknya itu apabila Kim Jong Kok dan Song Jihyo dikeluarkan dari rancangan popular itu tanpa sebarang notis.

Semalam juga berlaku kekecohan di twitter mengenai kekecewaan oleh peminat Running Man apabila mengetahui bahawa sebenarnya Kim Jong Kok diberitahu diberhentikan dua hari lepas dan Song Jihyo dikeluarkan dari rancangan itu tanpa notis, dimana Song Jihyo hanya mengetahui perkara ini melalui penyebaran berita ini di media social sahaja.

Kang Gary juga telah ‘unfollow’ semua rakan-rakannya di instargram yang sebelum seramai 145 orang dan memadam semua 88 gambar yang sudah di ‘publish’ sebelum ini. Hari terakhir Kang Gary ‘update’ instargramnya 5 hari lepas.

 

Komentar

comments

You may also like...

3 Responses

  1. zanie says:

    tak faham… apa kaitan dgn gary? yang kena keluarkan dari running man jong kook dan ji hyo… apasal pulak gary yang inactive kan instagram dia.. confuse

  2. MallisaSaila says:

    sedih lah tu kawan baik dia kena macam tu. and maybe dekat ig dia ramai yang tanya dia so dia stress. mybe :p

  3. zanie says:

    tapi tak kan sampai buang semua gambar.. adoi..