Big Bang Memasuki Carta Setelah Melancarkan Album Baru


Semalam 12/12/2016 tarikh yang di tunggu oleh peminat kpop seluruh dunia terutamanya peminat Big Bang. Dimana semalam adalah hari bersejarah apabila Big Bang telah mengeluarkan Album baru iaitu ‘Big Bang – MADE The Full’.

Belum lagi 24 jam 3 lagu mereka di lancarkan, ketiga-tiga lagu ini telah memasuki carta besar di Korea Selatan. Kumpulan legend kpop ini telah melancarkan album MADE pada tengah malam 13 December 12am (KST) untuk melengkapkan MADE SERIES yang telah dikeluarkan terlebih dahulu. Dengan penambahan 3 lagu baru iaitu ‘Last Dance’, ‘Fxxk It’ dan ‘Girlfriend’.

Pada pukul 1 pagi lagu ‘Fxxk It’ telah memasuki carta dan mendapat tempat pertama untuk Melon, Mnet, Bugs, olleh, Soribada, Genie, Naver dan Monkeys. Untuk lagu ‘Last Dance’ pula menduduki tempat kedua untuk 8 carta ini juga dan diikuti oleh lagu ‘Girlfriend’ menduduki kedudukan ketiga.

Dimana semalam juga #tag untuk #BIGBANGMADEFullAlbum di twitter juga telah ‘trending’ seluruh dunia.

YG juga telah mengumumkan akan mengadakan satu acara besar iaitu ‘Big Bang Special Event’ yang diadakan pada 8 Januari 2017 di Gocheok Sky Dome, Seoul secara exclusive untuk ahli kelab VIP’s tempatan (Korea Selatan)

img_8690

Komentar

comments

You may also like...