Lee Bo Young akan muncul dalam drama terbaru penulis ‘Punch’?

Nama Lee Bo Young disebut-sebut akan membintangi drama terbaru berjudul Whisper yang dinukil oleh penulis skrip terkemuka Punch iaitu Park Kyung Soo, pemenang Best Screenplay 4th CARI Kdrama Awards, 51th Paeksang Drama Awards dan 4th APAN Drama Awards.

Lee Bo Young akan membawa watak sebagai detektif polis dan menjadi ketua bahagian di kawasan jagaannya. Separuh gajinya setiap bulan digunakan untuk membayar hutang piutang keluarganya sehingga dia tak mampu untuk membeli baju baru. Dia banyak menghabiskan masa menguruskan penjenayah yang ditahan reman yang akhirnya  menyebabkan personalitinya menjadi lebih garang dan tegas apabila berhadapan dengan mereka.

Whisper seperti juga diolahkan penulis ini dalam Punch, Empire of Gold dan Chaser akan menyelongkar korupsi yang berlaku di antara polis dan peguam. Pelakon yang akan melakonkan watak utama lelaki sedang dalam perbincangan.

Lee Bo Young, yang juga pernah tercalon Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards, turut telah dikatakan bersetuju membintangi drama TvN terbaru berjudul, Mother iaitu remake  pada drama jepun yang memenangi puluhan anugerah berdasarkan laporan berita daripada Koalasplayground.

Drama ini akan diterbitkan oleh SBS menggantikan slot Descendant yang dilakonkan suami kepada Lee Bo Young, Ji Sung dan diarahkan oleh PD Punch.

Sumber; dramabeans, koalasplayground, IS Plus

Komentar

comments

You may also like...