5 Sebab Kenapa Korang Wajib tonton ‘Weightlifting Kim Bok Joo’

Drama bertemakan kesukanan , ‘Weightlifting Kim Bok Joo’ tak banyak mendapat tempat di hati peminat Malaysia, namun garapannya masih boleh dipuji. Ia dibintangi oleh Lee Sung Kyung (Kim Bok Joo aka Jang Mi Ran) , Nam Joo Yuk (Jun Young) dan Lee Jae Yoon. Mari baca kenapa korang kena tengok drama ini.

1. Bertitipkan kisah biografi pemenang emas olimpik angkat berat wanita, Jang Mi Ran

Siapa yang tak tau, drama ini mengambil inspirasi daripada kisah tulen bagaimana Jang Miran, pemenang emas olimpik kategori 63kg angkat berat wanita mengorak langkah menjadi seorang atlet yang tak terjangka-jangka mampu meraih medal emas buat negaranya. Kisah romantisnya dengan perenang muda antara yang dikupas dalam drama ini.

2.   Lakonan natural  Lee Sung Kyung berjaya menjadikan Kim Bok Jo seorang yang naif , tampak gagah dan seorang yang berwawasan tinggi.

Walaupun Lee Sung Kyung seorang model tinggi lampai dan ramping, tapi dari segi pendalaman watak, dia berjaya menjadikan Kim Bok Joo, watak yang disenangi gara-gara kenaifannya tentang cinta dan hubungannya dengan Jun Young. Kerana jatuh cinta dengan doktor yang melayannya dengan baik, Kim Bok Joo sanggup berhabis duit mendaftar program kuruskan badan walhal dia diwajibkan tambah berat badan untuk mecapai berat ideal 63kg bagi pertandingan angkat berat wanita. Jangan gusar! Anda tak melihat pelakon kayu di sini.

3.  Tak tahan gelak tengok Jun Young asyik mengusik Bok Joo.

Kalau korang perhatikan, Jun Young memang tak habis-habis mengusik Bok Joo. Ada saja dia nak kenakan Bok Joo. Paling tak tahan apabila dia bagi amaran pada Bok Joo supaya cepat mengelak daripada terkena air lecak, tapi dia sendiri menjadikan Bok Joo sebagai perisai. Nakal sungguh Jun Yong ini!

4.  Tak ‘cliche’ , jalan cerita yang mudah dan tak serabut.

Sudah bosan dengan romantik ‘cliche’ yang asyik dengan adegan ciuman dan peluk-pelukan tiada makna tu, drama ini jawapannya. Melayan drama ini mengingatkan korang semasa korang muda. Realitinya, gadis-gadis muda akan mencari mereka yang matang dan melayan korang dengan baik, tetapi lelaki ‘bad boy’ juga dijadikan teman hidup.

Korang tak perlu pening kepala tonton drama ini sebab romantiknya pun tak kusut. Jalan ceritanya ‘direct-to-the-point’ bagaimana dilema seorang atlet di awalan permulaan menjadikan dirinya lebih bermotivasi untuk menggapai kejayaan.

5. Boleh cuci mata tengok perenang tak berbaju.

Setiap episod drama ini ada saja babak tak berbaju Jun Young lakonan model Nam Joo Hyuk. Bagi yang suka cuci mata, terlalu banyak adegan ini, rasa-rasanya korang pun tak tahan asyik nak merembes sahaja.

Komentar

comments

You may also like...