Keputusan Penuh Mnet Asian Music Award 2016 (MAMA 2016)

Mnet Asian Music Award (MAMA) berlangsung dengan meriahnya di Hong Kong Asia World – Expo pada 2 December 2016. Dengan kehadiran ramai Pelakon dan Penyanyi terkenal Korea membuatkan ramai yang ternanti-nantikan penampilan mereka.

Mari kita ketahui keputusan untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Hotels Combined Album of the Year [Daesang] : EXO – EX’ACT (The 3rd Album)

Seperti tahun yang sebelum ini, untuk anugerah yang sama telah dimenangi oleh kumpulan EXO. Untuk kali ini EXO memenangi melalui Album ke-3 mereka iaitu EX’ACT. Tahniah EXO keatas kemenangan berturut-turut ini.

Hotels Combined Artist of the Year [Daesang] : BTS

Keputusan yang tidak dijangka oleh peminat ini, membuatkan ahli kumpulan BTS ini sendiri tidak percaya akan kemenagan mereka. Bangtan Boys (BTS)  yang sedang hangat dengan lagu terbaru mereka iaitu ‘Blood, Sweat & Tear’ dan juga ‘Wing’ ini  adalah pemengang ‘title’ Daesang untuk tahun ini.

Hotels Combined Song of the Year [Daesang] : TWICE “Cheer Up”

Mungkin kumpulan TWICE ini agak tidak dikenali ramai, tetapi apabila kita mendengar lagu ‘hit’ meraka kita akan bersama-sama menyanyi lagu ini. ‘Cheer Up baby, Cheer Up baby’ lagu ini telah mengalahkan beberapa lagu ‘hit’ yang lain seperti ‘Blood, Sweat & Tear (BTS), Monster (EXO) dan I Am You You Are Me (Zico)

Tahniah TWICE!!!

Best Dance Performance Female Group: GFRIEND

Best Male Artist: Zico

kemenagan Zico untuk katogari ini memang sudah dijangka, penyanyi hebat ini juga memeriahkan acara dengan persembahan hebat dipentas MAMA tahun ini.

Best Rap Performance: Cjamm, BewhY “Puzzle”

Pasangan Duo ini telah mengalahkan 4 lagi ‘Rapper’ terkenal Korea seperti  Kang Gary (Leesang), Zico, DOK2 dan San E.

Tahniah!!!

Best Collaboration: Suzy x Baekhyun “Dream”

Setelah setahun kemunculan pasangan duet popular ini, kali ini Suzy dan Baekhyun buat pertama kalinya membuat persembahan secara langsung malam tadi. kemunculan mereka memang sudah dinantikan untuk membuat persembahan, dimana mereka berdua tidak mengecewakan apabila berjaya membuat persembahan yang ‘sweet’ dan comel.

Dan lebih menghangatkan lagi suasana apabila pasangan ini berjaya meraih anugerah ‘Best Collaboration’ untuk lagu Dream.

Best Music Video: BLACKPINK “Whistle”

Mungkin agak mengecewakan apabila pemenang ‘Best Music Video’ tidak hadir di acara anugerah ini, tetapi bagi peminat 4 gadis berbakat ini sangat berbangga keatas kemenangan ini.

Best Band Performance: CNBLUE

Wah, sangat mengejutkan apabila CNBlue diumumkan sebagai penerima anugerah ini kerana telah mengalahkan kumpulan band legend iaitu FT Island.

Tahniah juga kepada kumpulan ini kerana berjaya mengekalkan kemenangan disetiap tahun kemunculan mereka. Tahun lepas mereka memenangi untuk anugerah yang sama untuk lagu ‘Cinderella’  dan untuk tahun ini dengan lagu ‘You’re So Fine’

Walau tidak dapat hadir untuk tahun ini, CNBlue telah merakam terima kasih melalui pesanan video kepada peminatnya kerana menyokong mereka.

Best Female Group: TWICE

Sekali lagi kumpulan TWICE naik kepentas untuk menerima trofi, tetapi kali ini untuk kategori ‘Best Female Group’ pula.

Tahniah TWICE!!!

Best Male Group: EXO

Best Vocal Performance Group: Davichi

Masih tidak pernah dengar lagu nyanyian mereka? saya sarankan anda dengar lagu dari Davichi yang bertajuk ‘Beside Me’ ini, kerana selepas anda mendengar lagu ini anda akan bersetuju dengan  kemenangan ini.

Tahniah Davichi!!!

Best Dance Performance Solo: Taemin “Press Your Number”

Best Vocal Performance Female Solo: Ailee

Semasa saya melihat senarai calon-calon pemenang untuk katogeri ini, saya sudah menjangkakan kemenangan Ailee ini. Dengan berbekalkan penampilan yang cantik, Vocal Ailee sudah tidak boleh disangkalkan lagi apabila dia adalah pemenang selama 4 tahun berturut-turut untuk Katogeri ini.

Wow!! good job Ailee!!

Best Vocal Performance Male Solo: CRUSH

World Performer: SEVENTEEN

Best Dance Performance Male Group: BTS

Best Female Artist: Taeyeon

Untuk tahun ini sekali lagi Taeyeon diumumkan sebagai pememang untuk katogeri ‘Best Female Artist’ . Untuk tahun ini Taeyeon telah mengalahkan pesaingnya aitu, Ailee, Lee Hi dan Jung Eunji.

Best OST: Lee Juck “Don’t Worry”

Worldwide Favorite Artist: GOT7

Best Asian Style Award (Undian ditentukan melalui undian di twitter): EXO

Best New Male Artist: NCT 127

Best New Female Artist: I.O.I

2016 Best Of Next Award (Female): BLACKPINK

2016 Best of Next Award (Male): Monsta X

And the winners of the Asian Artist Awards:

Best Asian Artist Thailand: Getsunova
Best Asian Artist Vietnam: Noo Phuoc Thinh
Best Asian Artist Indonesia: Isyana Sarasvati
Best Asian Artist Japan: Sekai No Owari
Best Asian Artist China: Hua Chenyu
Best Asian Artist Singapore: JJ Lin

Komentar

comments

You may also like...