‘Good Luck Entertainment’ nama baru company B2ST? Aktor Hong Kong Louis Koo sedia beri bantuan?

Ekoran dari dua artikel sebelum ini berkaitan kumpulan Beast/B2ST, (baca juga Part 1 dan Part 2) terbaru,mereka dikatakan telah pun berada di progress terakhir dalam penubuhan syarikat . Kesemua mereka sepakat untuk memilih nama Good Luck Entertainment bagi syarikat terbaru mereka . Pada peminat kumpulan ini pastinya tahu, Good Luck adalah judul lagu dari mini album ke-7 kumpulan Beast yang dilancarkan pada tahun 2014.

Untuk makluman juga, kesemua aktiviti mereka setelah tamat kontrak dengan Cube diuruskan oleh mereka sendiri. Nampaknya, mereka betul-betul tidak akan memperbaharui kontrak dengan Cube lagi.

Wakil Beast di HK, memberitahu mereka juga telah selesai mendaftar trademark rights untuk  nama “BEAST” di Hong Kong dan China.Jadi mereka masih boleh menggunakan nama tersebut di Hong Kong dan China. Salah seorang pengurus yang pernah menguruskan kumpulan ini akan bekerja untuk syarikat mereka dan seterusnya menguruskan aktiviti kumpulan tersebut. Mereka juga telah mula merekrut pekerja untuk syarikat baru tersebut dan kebanyakkan adalah warganegara China serta Singapura.

Oleh itu, dapat disimpulkan aktiviti seni mereka akan lebih tertumpu di China dan Hong Kong. Mungkin juga Malaysia dan Singapura?  Buat masa ini, anggota kumpulan Beast akan lebih menumpukan pada karier solo masing-masing.

TERKINI : Anda kenal aktor terkenal Hong Kong, Louis Koo, khabarnya kumpulan Beast akan memulakan perjalanan baru karier mereka di Hong Kong dan China  dengan dibantu oleh aktor tersebut. Ianya sesuatu yang sangat hebat memandangkan Louis Koo telahpun mengecapi pelbagai kejayaan di Hong Kong dan beliau juga sangat terkenal di sana.

Walaubagaimanapun, isu hak cipta masih lagi menjadi isu dan masih belum menemui jalan penghujungnya. Sumber mengatakan, setelah mereka menandatangai kontrak bersama syarikat terbaru mereka,satu sidang media akan diadakan bagi memperjelaskan kedudukan sebenar.  Namun, pihak Cube terus menerus menafikan perkara tersebut.

Biarpun tidak dapat menggunakan nama ‘BEAST’ lagi apatah lagi menyanyikan lagu-lagu mereka yang telah didaftarkan hak cipta di bawah Cube, mereka akan menghadapi segala cabaran yang mendatang bersama-sama.

 

TAMBAHAN : dikatakan bekas anggota BEAST, Jang Hyung Seung juga bakal meninggalkan Cube Entertainment kerana beliau kini telahpun memulakan latihan dengan agensi yangbaru.

Sumber : BEASTSTORY , dreamboys1016 , MrsDooB2uty , Naver 

Artikel berkaitan :

 

Komentar

comments

You may also like...