Lee Jong Suk dapat drama baru lagi daripada penulis Pinocchio & I hear Your Voice???

Sumber berita melaporkan Lee Jong Suk akan membintangi drama daripada penulis Pinocchio & I hear Your Voice yang menaikkan namanya sebelum ini untuk drama ketiga kolaborasi mereka yang berjudul, “While You Are Asleep”.

“While You Are Asleep” mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kehebatan melihat mimpi yang mampu untuk meramalkan kejadian tak dingini pada masa hadapan, manakala Lee Jong Suk akan memainkan peranan sebagai pendakwaraya untuk mengelakkan tragedi itu daripada berlaku.

Produksi iHQ yang mengesahkan berita tersebut berkata gabungan Park Hye Run dan Lee Jong Suk pasti akan memberi pulangan berharga kerana hasil kerja mereka setakat ini, Pinocchio dan I Hear Your Voice telah menjana “ratings” agak tinggi. Park Hye Run menambah , “Saya akan menunjukkan hasil kerja yang terbaik buat peminat semua.”

Park Hye Run pernah dicalonkan 2 kali Best Screenplay Cari K Drama Awards untuk nukilan drama I Hhear Your Voice dan Pinocchio manakala Lee Jong Suk adalah 3 kali calon Popular Actor.

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...