/B2ST Tukar Nama Kumpulan?

B2ST Tukar Nama Kumpulan?

Merujuk artikel sebelum ini, Beast a.k.a B2st meninggalkan Cube, desas desus terbaru dikhabarkan bahawa kumpulan ni mungkin akan menukar nama kumpulan sedia ada jika teruskan niat tinggalkan Cube Entertainment.

Untuk pengetahuan kontrak B2ST bersama cube telahpun tamat pada Oktober yang lalu. Kumpulan tersebut tidak bercadang untuk menyambung kontrak bersama Cube dan merancanguntuk bergerak secara sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri.

Mereka berhadapan dengan konflik setelah nama B2ST itu telahpun dipatenkan di bawah hak cipta Cube Entertainment. Nampaknya, seakan B2ST akan tetap meninggalkan agensi mereka selama 7 tahun itu apabila anggota kumpulan B2ST merancang untuk menukar nama kumpulan tersebut.

Menurut sumber dalaman yang dipercayai pada 11.11.16, kemungkinan besar hujung minggu ini mereka akan tandatangani dengan agensi baru dan semuanya akan bermula semula,

Sumber tersebut juga memberitahu media, jika Cube masih berkeras tidak membenarkan kumpulan itu terus menggunakan nama B2ST,mereka akan menggunakan nama yang baru.  Dia juga berkata kontrak agensi itu termasuk tuntutan selama 10 tahun untuk kumpulan itu menggunakan semula nama  ‘B2ST’ dan mereka juga perlu mengemukakan permohonan untuk menggunakan nama tersebut.

Nantikan perkembangan terbaru berkenaan kumpulan B2ST ini akan datang.

Credit AllKpop

Komentar

comments