Pernah terbayang tak Yook Sung Jae menjadi goblin?

Dalam sesi fotograf bersama tvN baru-baru ini, Yook Sung Jae mendedahkan watak yang bakal dilakonkannya dalam siri tvn terbaru, Goblin yang ditulis oleh penulis tersohor drama hit Descendants of The Sun, Secret Garden dan Heirs, iaitu Kim Eun Sok.

Dia akan membawakan watak anak keempat keluarga yang kaya yang mempunyai gen goblin yang berbeza, Yoo Duk Hwa. ‘Goblin’ mengisahkan perjalanan memori seorang gadis yang keseorangan tetapi mempunyai  kehebatan memanipulasikan goblin.

Yook Sung Jae  mengaku dalam penggambaran pertama, dia banyak mengambil nasihat daripada pelakon senior bagaimana untuk menggunakan gaya tubuh dan pergerakan tangan untuk menyampaikan emosi dengan berkesan.

Krew produksi juga menambah, “Yoo Sung Jae mampu membawakan Yoo Duk Hwa yang mudah disukai, segak, juga seorang mudah berkawan di samping mempunyai kelebihan takkan mati sebagai goblin”.

Yook Sung Jae pernah tercalon kategori Popular New Actor dan juga Song of The Year 4th CARI K Drama Awards untuk runut lagu drama MBC The Scholar  Who Walks Through Night. Penantian Goblin sangat diterujai setelah berakhirnya Descendants of The Sun yang mengutip ratings tertinggi pada tahun ini.

‘Goblin’ akan disiarkan pada 2 Dec 2016 selepas tamatnya K2 di cenel tvN yang turut dibintangi pelakon popular Gong Yoo, Kim Go Eun dan Lee Dong Wook.

Sumber: sport.donga

Foto kredit pada CJ E&M.

Komentar

comments

You may also like...