Adegan menghiburkan dari Jealousy Incarnate : Hwa Shin (Jo Jung Suk) nak break up tapi hati tak mahu.

Episod 23 semalam menyaksikan Hwa Shin (Jo Jung Suk) menghadapi dilema untuk memutuskan hubungan dengan Pyo Nari (Gong Hyo Jin) sehingga   beberapa kali menyebut ayat yang bertentangan daripada apa yang dia mahukan. Beberapa kali pertemuannya dengan Pyo Nari menyaksikan Hwa shin menghadapi kesukaran untuk meluahkan ayat ‘break up’ tersebut malah dia menyebut  ‘jangan break up’ sebaliknya.

Adegan yang diulang berkali-kali ini menyebabkan penonton bergelak tawa setiap kali menyaksikan ekspresi muka dilema Hwa Shin yang tak kesampaian untuk ‘break up’ tetapi terpaksa ‘break up’ kerana difikirnya lebih baik diputuskan sekarang di atas kegagalannya untuk membahagiakan Pyo Nari kelak (kerana mandul).

Maruah Hwa Shin tercabar setelah Pyo Nari mengaku mengetahui perihal kemandulannya beberapa hari yang lalu lantas menyebabkan Hwa Shin terus mengungkapkan ‘break up’ dengan mudah. Namun, disebabkan betapa gigihnya Pyo Nari  menyakinkan Hwa Shin yang dia tetap bahagia bersama Hwa Shin walaupun mereka mungkin tak memiliki anak dari benih sendiri, telah menyatukan mereka kembali.

Perhubungan ‘chemistry’ antara mereka agak unik kerana mereka tidak bermesra secara baik tetapi bermesra dengan lebih erat melalui  pergaduhan dan ketidaksetujuan antara mereka. Pengakhiran babak episod 23 memberikan klu positif bahawa drama ini akan berakhir dengan kedua-duanya bahagia antara satu sama lain.

Episod 24 terakhir akan ditayangkan di cenel onehd 393 Astro pada malam ini. Jangan lupa tune in.

Komentar

comments

You may also like...