/Night Light Drama Terbaru MBC , Kombinasi Lee Yo Won, Jin Goo dan Uee

Night Light Drama Terbaru MBC , Kombinasi Lee Yo Won, Jin Goo dan Uee

Drama terbaru terbitan MBC, iaitu Night Light akhirnya telah melancarkan trailer pertama drama tersebut. Night Light dibintangi oleh Jin Goo, Lee Yo Won dan juga Uee sebagai watak utama. Trailer yang berdurasi 30 saat itu pastinya akan membuatkan peminat-peminat drama tidak sabar untuk menantikan tayangan perdana drama tersebut.

Trailer Night Light dibuka dengan penonton melihat  Uee yang berdiri di tengah jalan, basah kuyup dan juga berkaki ayam. Uee juga kelihatan menggigil kesejukan. Di hadapannya, sebuah kereta putih  tiba-tiba berhenti dan kelihatan seorang wanita yang tampil anggun serta berpayung turun dari kenderaan menuju ke arah Uee. Rupanya, wanita tersebut adalah Lee Yo Won. Lee Yo Won seperti menawarkan sesuatu dengan tatapan sinisnya kepada Uee.

Kemudian, penonton dapat melihat  Jin Goo sedang tersenyum sendirian memandang ke luar jendela  kerana merasa tertarik dengan apa yang beliau lihat di luar jendela.

“Night Light”  merupakan drama yang mengisahkan Seo Yi Kyung (Lee Yo Won) seorang yang sangat bercita-cita tinggi untuk membina  empayar peniagaannya sendiri. Beliau juga berpendapat sifat tamak itu bukanlah satu kesalahan. Seo Yi Kyung  juga merupakan cinta pertama Park Gun Woo (Jin Goo) yang merupakan keturunan keluarga kaya yang mempunyai empayar perniagaan yang besar.  Di sisi lain, UEE akan muncul sebagai Lee Se Jin, seorang wanita miskin yang berharap mendapatkan kehidupan lebih baik.

Drama “Night Light” akan  menggantikan drama “Woman With a Suitcase”. Episode pertama ‘Night Light” akan ditayang pada 21 November ini untuk mengisi slot drama Isnin dan Selasa malam.

Antara gambar-gambar sepanjang pengambaran drama “Night Light”

 

Lee Yo Won sebagai Seo Yi-Kyung ; Foto Ihsan Soompi
Jin Goo sebagai Park Gun-Woo ; gambar ihsan Soompi
Uee sebagai Lee Se-Jin ; Foto ihsan soompi
foto ihsan soompi
Foto ihsan Soompi
Foto ihsan Soompi
Foto ihsan Soompi

nota kaki : peminat-peminat Jin Goo, korang kena tengok drama ni kalau nak tengok Jin Goo main gitar. 

credit goes to: Soompi , Sports.Donga.com

Komentar

comments