Gandingan serasi Lee Min Ho & Jun Ji Hyun bakal menggegarkan panggung khamis anda


Saat-saat yang ditunggu semakin hampir. Legend of Blue Sea akan menghangatkan suasana malam Khamis & Jumaat menjelang minggu depan.

Legend of Blue Sea mengisahkan ikan duyung bernama Shim Chung (Jun Ji Hyun) yang cuba menyesuaikan diri di atas daratan. Dalam trailer yang ditunjukkan, Shim Chung sangat kelaparan dan memakan apa sahaja yang diberikan Heo Soon Jae (Lee Min Ho).  Mereka sebenarnya pernah dipertemukan pada masa lampau di mana lelaki yang menyerupai Heo Soon Jae telah menyelamatkan Shim Chung daripada diratah manusia yang rakus dan satu-satunya ikan duyung yang masih hidup hingga kini. Percintaan mereka dijelmakan semula selepas beberapa abad berlalu.

Ini merupakan penampilan pertama kedua-dua Jun Ji Hyun dan Lee Min Ho dalam dunia kdrama setelah lebih dua tahun berehat. Jun Ji Hyun pernah dianugerahkan Best Actress dan Popular Actress dalam 3rd Cari K Drama Awards menerusi My Loves From The Star manakala Lee Min Ho juga pernah meraih Popular Actor dalam 2nd Cari K Drama Awards melalui Heirs.  Drama ini dikarang oleh penulis skrip tersohor, Park Ji Eun iaitu penulis drama  SBS My Loves From Stars dan KBS Producers serta diarahkan oleh PD Jin Hyuk (Doctors, Masters Sun) iaitu pemenang Best Director 2nd CARI K drama Awards. Gandingan penulis skrip, pengarah dan pelakon yang mantap ini pastinya bakal memberikan tontonan yang memuaskan.

Legend of The Blue akan ditayangkan pada 17 Nov ini pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.15 pm di ONE HD, Astro 393.

 

Komentar

comments

You may also like...