Kang Gary meninggalkan Running Man selepas 6 tahun

img_5759

Pada 26 October 2016 yang lalu Kang Gary menggemparkan semua peminatnya dengan berita penarikan diri dari rancangan variety popular dikorea iaitu Running Man.

Berita yang sangat menyedihkan dan berikan kesan yang mendalam kepada peminat setia Running Man, sudah lebih 6 tahun Gary bersama-sama 6 ahli yang lain iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kok, Song Jihyo dan Lee Kwang Soo bersiaran setiap hari ahad (Korea)  membuatkan penonton ketawa dan terhibur melihat teletah mereka. Dan selepas ini kehadiran mereka sudah tidak lengkap tanpa kehadiran Kang Gary.

Walaupun semua ahli, pihak production dan peminatnya memujuk Gary supaya tidak meninggalkan rancangan itu, tetapi Kang Gary tetap berkeras untuk meningglkan Running Man dengan alasan mahu memberi fokus yang lebih didalam bidang nyanyianya (Lessang).  Akhirnya dengan berat hati semua pihak menerima keputusan Gary dengan hati yang terbuka.

Pada 6 November 2016 adalah episode perpisahan antara Kang Gary dan semua ahli Running Man. Pada diakhir episode gary cuba untuk tidak menangis dihadapan kamera apabila membaca surat dari rakan-rakannya. Itu adalah part yang paling sedih bagi peminat Running Man.

Kang Gary last episode

Pastinya ahli yang paling sedih adalah Song Jihyo. Song Jihyo tidak dapat menahan sedih apabila turut menangis untuk berpisah dengan pasangannya didalam Running Man (Monday Couple). Song Jihyo juga berpesan kepada Gary supaya datang semula ke Running Man sekiranya Gary merindui keluarga Running Man.

img_5758img_5762

Walaubagaimanapun untuk episode yang seterusnya, Running Man merakamkan episode tanpa Gary pada 7 November 2016 yang lalu. Walupun masih bersedih kerana ketidak hadiran Gary tetapi mereka akan cuba untuk membuat penonton terus ketawa dan menyokong Running Man.

kang Gary last episode

Pada awal minggu yang lalu, secara rasminya Kang Gary mengumumkan secara kepada peminatnya didalam instagram pengunduran dirinya dan meminta semua peminatnya mendoa dan terus menyokongnya didalam bidang seni.

img_5752img_5753img_5763

Komentar

comments

You may also like...