Ke mana hala tuju seorang yang bergelar selebriti di dalam Entourage?

Kredit ke atas dramabeans

Kredit ke atas dramabeans

Pernahkah anda menyaksikan drama Entourage di cenel tvnhd 395 semalam? Entourage memaparkan perjalanan seorang aktor yang dikenali atas paras rupa yang baru meniti populariti dan bagaimana persepsi orang ramai terhadap lakonannya memberikannya nyawa untuk terus mekar di dalam industri seni tersebut. Perjalanannya diolah dan dititip satu persatu sambil dibantu tiga sekawan yang memahami kehidupannya.

Entourage mempersembahkan perbezaan antara realiti dan kepura-puraan di dalam dunia selebriti. Apa yang ditunjukkan pada realiti mungkin hanya kepura-puranya demi mahu mendapatkan persepsi baik di khalayak umum, tetapi lain pula berlaku di sebaik takbir. Entourage juga menuntut seorang selebriti terikat di antara memilih apa yang ditentukan agensi ataupun mahu tetap pendirian memilih ikut kehendak hati sendiri.

Drama ini baru mengorak langkah dan belum lagi difahami hala tujunya. Bagaimana interaksi empat sekawan ini yang memainkan peranan juga belum lagi diketahui. Seorang rakan yang terbantut impian kerana mahukan terbaik buat rakannya manakala dua lagi rakan hanya menjadi parasit dan sekadar membuang masa berhua-hua bersama mereka.

Foto dikreditkan pada CJ E&M Music.

Kim Eun Gab (Jo Jin Woong) seorang agen pengurus selebriti yang opurtunis dan bekerja kuat, mahukan terbaik untuk selebriti di bawah jagaannya dan seringkali berselisih pendapat dengan mereka. Young Bin (Seo Kang Joon) , seorang selebriti yang naif, keras hati dan tetap pendirian tetapi boleh dipercayai dan juga menghormati pandangan rakan karibnya, Ho Jin (Park Jung Min). Hal ini membuatnya sukar untuk mencapai kata persetujuan dengan Kim Eun Gab lantas keputusan melibatkan antara mereka kebanyakan dilandaskan ke atas bahu Ho Jin.  Cha Joon (Lee Kwang Soo) dan Geo Book/Turtle (Lee Dong Hwi) pula tidak difahami apa tujuan mereka dalam hidup Young Bin tetapi kisah paras surut seorang yang bergelar selebriti dipamerkan ke atas apa yang berlaku terhadap Cha Joon.

Episod ke-2 Entourage akan disiarkan pada waktu yang sama pada malam ini, setiap hari Isnin-Selasa. Jangan lupa saksikan.

Foto dikreditkan pada CJ E&M Music.

Komentar

comments

You may also like...