Saksikan temubual eksklusif kami bersama Lee Jong Suk pada 12 Nov ini

Lee Jong Suk

Lee Jong Suk

Sepertimana yang anda ketahui bahawa pelakon kegilaan ramai seluruh dunia, Lee Jong Suk bakal mengadakan sesi pertemuan peminat beliau di Singapura pada 12 November 2016 bertempat di MegaBox Convention Cente @ BigBox. Wartawan kami diamanahkan untuk melaporkannya di sana nanti.

Lee Jong Suk terkenal dengan lakonannya sebagai “Kang Chul’ yang berwajah kartun di dalam drama MBC bertajuk “W’. Sayangnya peminat Malaysia ke atas Lee Jong Suk menyebabkan beliau meraih pencalonan 3 kali berturut-turut dalam kategori Popular Actor dalam CARI K Drama Awards hasil undian populariti menerusi drama I Hear Your Voice ,Doctor Strangers dan Pinocchio. Jangkaan bahawa Lee Jong Suk akan tercalon sekali lagi untuk CARI Kdrama Awards tahun ini bagi kategori sama dan seterusnya menamatkannya dengan kemenangan agak ditunggu-tunggu peminat.

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/imeasia/videos/1220200404707448/” width=”500" height=”400" onlyvideo=”1"]


Lee Jong Suk  baru-baru ini telah melancarkan sesi jelajah Asianya yang hanya melibatkan  Korea, Japan, Taiwan, Thailand dan Singapura sahaja. Adalah sangat menyedihkan bagi peminat Lee Jong Suk di Malaysia kerana Malaysia tidak termasuk dalam sesi jelajah Asia beliau pada kali ini. Oleh itu sekiranya anda teringin untuk bertemu dengan Lee Jong Suk secara ‘live’ masih tidak terlambat lagi, bolehlah berkunjung ke negara jiran kita yang terdekat ini iaitu Singapore.

Tiket boleh dibeli melalui talian www.megaboxtickets.com atau boleh datang terus ke kounter pertanyaan di Tingkat 1 @ Big Box. Cara pembayaran secara ‘online’ adalah : Credit Card / Debit Card from Mastercard / Visa  Masa: Bermula pada 24 October 10 pagi dan seterusnya.

2016 LEE JONG SUK FANMEETING ‘VARIETY’ IN SINGPORE ON 12 NOVEMBER 2016 ini dianjurkan dan dibawa oleh pengajur konsert terkenal iaitu IME Production (S) Pte LTD. -Kmania-

Kredit foto - IME Productions (S) Pte Ltd

Kredit foto – IME Productions (S) Pte Ltd

Komentar

comments

You may also like...