Magik Park Bogum

Park Bogum, nama yang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar drama dari Korea Selatan, merupakan seorang pelakon muda yang berbakat besar yang pada mulanya tidak terfikir langsung untuk menjadi seorang pelakon bahkan mempunyai impian untuk menjadi seorang penyanyi dan penulis lirik. Walaubagaimanapun setelah mendengar cadangan supaya beliau patut bertukar kerjaya dan akan melakukan lebih baik dalam bidang lakonan, tanpa berpaling ke belakang lagi beliau menukar profesion kerjaya beliau untuk menjadi seorang pelakon.

Dengan memulakan kerjaya lakonan beliau sebagai watak kecil antaranya di dalam filem thrillerBlind’ (2011) yang memegang watak sebagai adik kepada pelakon utama Kim Haneul. Setelah dua tahun memegang watak kecik, pada tahun 2013 merupakan tahun di mana buat pertama kalinya beliau diberikan salah satu peranan utama di dalam drama hujung minggu saluran SBS yang berjudul ‘Wonderful Mama’.

Bertitik tolak dari situ, nama dan bakat lakonan beliau makin dikenali di mana beliau diberi pengiktirafan apabila beliau tercalon dalam 2014 KBS Drama Awards bagi kategori ‘Best New Actor’ bukan sahaja untuk satu hasil kerja beliau bahkan beliau dinominasi untuk dua drama iaitu bagi drama ‘Cantabile Tomorrow’ dan ‘Wonderful Days’. Walaupun beliau tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi pada majlis anugerah tersebut, tetapi penat lelah beliau berbalas apabila watak yang dipegangnya di dalam drama ‘Hello Monster’ sebagai seorang peguam yang psiko telah Berjaya menobatkan beliau bagi anugerah ‘Best Supporting Actor’ pada 2015 29th KBS Drama Awards dan akhirnya beliau berjaya menggondol trofi pada malam tersebut.

Pada 2015 4th CARI K-Drama Awards, nama Park Bogum juga dijulang dalam keberkesanan lakonan beliau dalam ‘Hello Monster’ di mana beliau tercalon bagi anugerah yang sama, ‘Best Supporting Actor’. Walaupun rezeki lebih berpihak kepada pelakon senior Jo Jaehyun bagi drama ‘Punch’, dengan tercalonnya beliau sebagai salah seorang pesaing menunjukkan bakat lakonan beliau juga telah diterima oleh penggemar-penggemar k-drama dari Malaysia. Cik Penulis, dari kaca mata salah seorang penggemar dan pengkritik  k-drama juga sangat kagum dengan lakonan beliau sebagai Lee Min atau Jung Sunho di dalam drama tersebut.

Pada bulan Mei 2015, merupakan satu saat keramat bagi Park Bogum apabila beliau diberi penghargaan dan kepercayaan menjadi pengacara dalam mengendalikan salah satu rancangan muzik yang terkenal iaitu ‘Music Bank’ dan digandingkan bersama ketua bagi kumpulan k-pop wanita Red Velvet. Walaupun hanya berkesempatan menjadi pengacara  bagi rancangan muzik tersebut selama lebi kurang setahun sebelum mereka berdua menyerahkan tugas kepada rakan seangkatan yg lain, bakat beliau di dalam bidang pengacaraan tidak boleh lagi dipandang enteng apabila 2015 14th KBS Entertainment Awards telah menjulang beliau sebagai ‘Best Newcomer Award’.

Akhirnya, bakat nyanyian beliau digunapakai apabila beliau diberi kepercayaan untuk menyanyikan sebuah lagu bagi dimuatkan di dalam runut bunyi drama yang dibintangi beliau sendiri. Lagu yang diberi judul ‘My Person (내 사람)’ yang diperdengar buat pertama kalinya dalam episod 15 di dalam drama tersebut, telah berjaya menduduki carta semasa tertinggi di lapan muzik atas talian yang berbeza setelah dilancarkan atas talian secara rasmi pada 11hb Oktober.

Pelakon muda yang baru menginjak usia 23 tahun pada 16hb Jun yang lalu, yang berjaya menempa nama dengan drama terbaru beliau yang baru sahaja selesai ditayangkan pertengahan bulan Oktober yang lalu, Moonlight Drawn By Clouds atau juga dikenali dengan Love in the Moonlight buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Malaysia apabila pihak agensi di bawah naungan beliau pada baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Kuala Lumpur diberi kelebihan utama sebagai pit-stop pertama beliau dalam siri jelajah Asia bagi sesi bertemu peminat. Beliau dikhabarkan akan memulakan sisi jelajah Asia tersebut di sini pada tanggal 10hb Disember yang akan datang, sebelum meneruskannya ke Hong Kong pada 17hb Disember. Siri jelajah ini dijangka akan diteruskan pada tahun 2017 ke bandar-bandar utama Asia yang lain seperti  Jakarta, Taipei, Tokyo, Bangkok dan Singapura sebelum sesi penutup di tanah kelahiran beliau, Seoul.

Cik Penulis tidak sabar untuk memeriahkan sesi jelajah Asia di Kuala Lumpur, semoga Cik Penulis dapat menonton adik Park Bogum menyanyikan lagu ‘My Person’ buat seluruh peminat-peminat beliau di sini selain dapat melihat bakat menari beliau nanti.

Kredit: Wikipedia , [ KBS 안테나 ] , K-POP Fansite – Streaming Music ,

Komentar

comments

You may also like...