Suzy, Park Bo Gum, Kim Yoo Jung dan Ryu Jun Hyeol antara yang akan hadir ke Asia Artist Awards 2016

Foto dikreditkan pada Asian Artist Awards (AAA)

Foto dikreditkan pada Asian Artist Awards (AAA)

“Nation’s first love” , Suzy mengesahkan akan hadir ke majlis Asia Artist Awards (AAA) 2016 yang berlangsung pada 16 Nov ini. Turut hadir ialah Park Bo Gum yang baru sahaja selesai membintangi drama KBS Moonlight Drawn by Clouds bersama-sama heroinnya, Kim Yoo Jung, serta Ryu Jun Hyeol, Kim Ji Won, Jin Goo dan juga Nam Goong Min.

Suzy dipuji sesetengah pihak kerana berjaya membawa watak penuh beremosi sebagai Noh Eul dalam drama KBS Uncontrollably Fond yang ditulis pengkarya termasyur, Lee Kyung Hee. Baru-baru ini, Suzy diundang ke Madame Tussaud UK dan merupakan selebriti Korea pertama diberikan peluang menjenamakan model patung lilin yang baharu.

AAA ialah majlis anugerah pertama yang menghimpunkan para karyawan daripada K-POP dan K-drama dalam satu majlis dan bakal menjadi ikutan untuk para peminat di seluruh dunia. AAA boleh dibandingkan dengan People Choice Awards kerana undian sepenuhnya berdasarkan populariti. Anda boleh mengundi di sini: http://www.asiaartistawards.com/

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...