KBS tampilkan 3 poster Hwarang untuk tatapan peminat

  Foto dikreditkan pada Hwarang Culture Industry Company, Oboi Project

Foto dikreditkan pada Hwarang Culture Industry Company, Oboi Project

 
‘Hwarang’, telah mengakibatkan peminat tidak duduk senang dengan gambar poster segerombolan pahlawan segak berambut panjang yang dipaparkan kelmarin.  Kali ini, KBS keluarkan pula gambar poster setiap watak iaitu  Sun Woo (Park Seo Joon) atau dikenali sebagai pahlawan tak bernama, Aro (Go Ah ra) dan raja Jin Heung (Park Hyung-sik) yang menyamar sebagai rakyat biasa.

Gambar-gambar berkenaan menunjukkan lagi keseksian Park Seo Jeon kerana melakonkan watak yang  gagah tetapi ‘jambu’ atau cantik. Park Seo Jeon sememangnya yang menjadi dambaan gadis sejak membintangi drama MBC -She Was Pretty pada tahun lepas. Manakala, Go Ara pula mahir melakonkan watak ‘tomboy’ berdasarkan lakonan berkesan dalam drama tvn – Reply 1994 agak sesuai dengan karakter drama ini.
Hwarang berlatarbelakangkan empayar Silla pada 1500 tahun dulu dan merupakan drama yang sudah siap dihasilkan sebelum tayangan rasmi pada Disember nanti.
Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...