/Go Kyung Pyo tak lekang dengan teddy bear comel

Go Kyung Pyo tak lekang dengan teddy bear comel

Foto dipetik daripad Temuduga SBSnow
Foto dipetik daripad Temuduga SBSnow

Kenal tak Jung Won? Si jejaka  yang menjadi rebutan gadis  kerana memiliki paras rupa yang hensem, tinggi lampai, kaya, baik hati dan sempurna daripada semua aspek ini adalah watak yang dibawa aktor Go Jung Pyo ini dalam siri drama SBS Jealousy Incarnate yang sedang hangat ditayangkan. Ianya kontradik dengan watak Hwa Shin (dilakonkan Jo Jung Suk) atau dikenali sebagai ‘bad boy’ dalam siri drama tersebut.

Dalam temuduga bersama SBS baru-baru ini, Go Jung Pyo membawa teddy bear comel berwarna biru sambil dilemparkan soalan berkenaan jangkaan penonton mengenai pengakhiran Jung Won sama ada akan dipasangkan dengan Pyo Nari (Gong Hyo Jin) apabila Hwa Shin mengalah. Apapun Go Jung Pyo secara berseloroh meminta penonton jangan putus asa, dan teruskan menyaksikan drama ini sehingga habis.

Jealousy Incarnate sedang disiarkan melalui cenel SBS  , di saluran Onehd 393 pada jam 8.15 setiap hari Khamis dan Jumaat .

Sumber: SBS , Naver

 

Komentar

comments

Admin Kmania.