Tak sabar nak tengok Lee Kwang Soo & Seo Kang Joon dalam Entourage?

Drama yang ditunggu-tunggu tahun ini, iaitu Entourage akan mula bersiaran pada Jumaat ini, 4 Nov dan cenel tvnhd 395 (tvnasia) pada 9.15 pm , 7 Nov ini.  Entourage dibintangi oleh Jo Jin Woong, Lee Kwang Soo, Seo Kang Joon, Lee Dong Hwi dan Park Jung Min.

Entourage ini berkisarkan seorang pelakon meningkat naik, Young Bin bersama-sama teman-temannya semasa kecil merealisasikan impian masing-masing di bawah komponen syarikat pengurusan yang dikendalikan oleh agen Kim Eun Gab.  Drama Entourage ini yang bergenre “black comedy” sememangnya jarang sekali dieksplotasi, yang terbaru hanya menerusi Jealousy Incarnate yang hangat ditayangkan di cenel SBS.

Berikut ialah peranan watak masing-masing dalam drama ini:

  1. Young Bin (Seo Kang Joon): pelakon sedang meningkat naik.
  2. Kim Eun Gab(Jo Jin Woong): agen syarikat pengurusan artis. Orang yang bertanggungjawab menukar wajah berjambu Young Bin menjadi pelakon yang terkenal.
  3.  Lee Hong Jin (Park Jung Min): rakan baik Young Bin. Pernah mengimpikan untuk menjadi pengarah filem. Sekarang, menjadi pengurus Young Bin dan seringkali ditengking CEO sehingga menyebabkannya teringin untuk berhenti.
  4.  Cha Joon (Lee Kwang Soo) : senior idol dan pelakon. Dulu pernah popular sebagai ahli kumpulan Sugar Boys dan kini bertungkus-lumus untuk kekal relevan dalam industri.
  5. Turtle (Lee Dong Hwi) : penganggur dan seringkali bermasalah apabila berhadapan dengan perempuan.

Saksikan teaser episod 1 di bawah. Pilot episod sudah ditayangkan semalam dan mendapat respons yang sangat positif.

Gambar dikreditkan pada star.korean.

Gambar dikreditkan pada star.korean.

Komentar

comments

You may also like...